Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Geng -pengembaraan bermula-

Masih ingatkah lagi kita movie ini yang menarik minat ramai kanak-kanak di asia tenggara dengan telatah upin dan ipin bersama dengan keluarganya. Jadi hari ini ana ingin bawa satu pengalaman yang lebih kurang sama dengan kisah ini, cuma bezanya ini adalah pengalaman di dunia realiti. Bukan kisah geng ini yang ana maksudkan, tetapi kisah pengalaman ana bersama ahli keluarga ana yang lain di air terjun lata belata.

Pada awalnya mengikut plan asal, kami semua hanya akan berada di sana dalam tempoh seketika. Namun alang-alang dah sampai, jadi, abu ana merangkap pengerusi kumpulan jalan-jalan sdn bhd (sjer jer, bukan syarikat betul) ingin meneruskan perjalanan kami dengan mendaki 7 tingkat air terjun di sana. Dalam masa yang sama, keluarga ana sedang memikirkan modul-modul untuk di jalankan bagi program kem musim cuti ini. Maka terfikirlah modul yang paling baik untuk mendaki air terjun ini adalah dari kitab Minhajul abidin mengenai tujuh tingkatan menuju makriftullah. Jadi kiranya dah ada satu la modul yang di selitkan di sini.

(solat atas batu, sakit juga tu...) (apa yang antum lihat dari pokok ini..)

Kemudian kami di minta untuk solat sunat dhuha sebelum memulakan perjalanan. Aduihh, dah la masjid tak ada. Kemudian kena solat plak, fikir aku time tu. Kami di ajar cara untuk mengambil wudhu' dengan cara menyelam. Dan selesai solat sunat kami meneruskan perjalanan kami. Pada awalnya di khabarkan perjalanan kami hanya mengambil masa setengah jam. Namun, mungkin kerana Allah ingin menguji serta memberikan pengalaman berguna kepada kami, perjalanan yang pada awalnya setengah jam berubah menjadi 2 jam. Mau letih badan ni. Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke tingkatan yang pertama dan kami di ceritakan serba sedikit mengenai modul yang kami bakal bawa. Tapi modul ni masih lagi tak tetap. Kemungkinan bakal berubah.

Selepas sampai ke tingkat ke 5, kami di beri peluang untuk merasai keindahan alam, dengan kata lain, mandi air terjun.

selesai mandi, abu ana mensyarahkan kitab tafsir al munir.
(aksi sebab seronok mandi bersama ahli usrah yang lain)

Dah habis mandi-mandi, kami meneruskan perjalanan ke tingkat ke 7.. Kalau dalam kitab minhajul abidin ni, kira macam dah nak sampai pada tahap makrifatullah la ni.. hehehe. Tapi tu perumpamaan je tau. Jangan kata sesat lak, nak capai makrifatullah dengan naik bukit. Salah tu. Sampai di destinasi yang di tuju tepat pada pukul 12.00. Sempat la nak mandi. Tapi bila tengok balik air dia, adoii... Dalam bangat sih.. kata orang indon. Sejernih-jernih air kat sana, masih lagi tak nampak dasar dia. Mau tak dalam macam tu. Kemudian, setelah mandi-manda, kami bersiap sedia untuk solat zohor. Di sana kami di ajar bagaimana kesalahan sesetengah orang mengenai cara untuk melihat arah kiblat. Kemudian kami di ingatkan sekeras-kerasnya oleh abu kami, "haram untuk seseorang pergi bermusafir jika tidak cukup ilmu untuk musafir. Salah satu darinya adalah ilmu mengenal kiblat." Jadi untuk semua yang membaca post ini, ana ingin mengingatkan, untuk melihat arah kiblat, bukan hanya dengan melihat garis cahaya matahari semata-mata, namun kena betul pada waktunya sebab ada ketika jalur cahaya matahari itu mencapai satu bayang di panggil bayang basi. Ha.. untuk mengetahui apa itu bayang basi dan merasai segala pengalaman yang ana tulis, jemputlah menyertai kem pondok musim cuti. Tarikh dan masa akan di beritahu kemudian, tetapi insyaallah akan di jalankan hujung tahun ini. Terbuka kepada lelaki dan perempuan, cuma tarikhnya berlainan. Juga terbuka pada kanak-kanak.

Jadi, insyallah, bersama-samalah kami di dalam kem musim cuti seterusnya. Insyaallah, banyak yang di pelajari..
(iklan promote.. he3)

Menganjak dari lot yang asal

bismillahirahmanirrahim..

Hari ni ana terbawa untuk menulis mengenai perkara ini setelah sekian lama tidak berblog kerana nasihat dari akhi untuk tidak menulis sesuatu yang agak luar biasa di pandangan masyarakat umum. Jadi insyaallah, selepas ini apa yang ana tulis, ana akan cuba mengurangkan keluarbiasaan itu supaya apa-apa yang di tulis boleh di fahami oleh semua orang dan dari semua lapisan. Jadi terlebih dahulu, ana ingin meminta maaf kerana menulis perkara ini. Jika ada sebarang kesilapan atau ketidakfahaman, haraplah antum semua menegur ana.

Alhamdulillah, oleh kerana dakwah semakin kuat tersebar di Malaysia, semakin banyak muslimin dan muslimat yang mulai mengikut dakwah ini.Namun semenjak dua menjak ini, ada yang cuba menganjak islam dari lot asal. Mereka cuba membuat sesuatu perkara dan menggunakan istilah mardhatillah sebagai alat untuk membenarkan apa yang di buatnya. Inilah apa yang mereka cuba buat. Mereka cuba membina rumah di dalam tanah mereka yang bernama islam, namun apabila di ukur, tanah yang mereka dirikan rumah itu bukanlah di dalam tanah(islam) mereka tetapi mereka sudah masuk di dalam tanah orang lain. Akhirnya, apa yang mereka buat sama ada salah satu daripada dua.

1) mereka akan terus bergaduh bahawa tanah itu adalah tanah mereka walaupun sebenarnya bukan. Mereka akan terus menegakkan yang batil kerana pada hakikatnya mereka tidak dapat menerima bahawa segala usaha mereka akan terhapus begitu sahaja.
2)mereka akan menerima semuanya dengan rela tetapi mereka akan akan sedih kerana rumah yang di bina untuk keluarganya berteduh rupanya bukan di tanah mereka. Semua usaha mereka selama belasan tahun akan musnah di depan mereka lalu mereka akan menangis menyesal kerana selama ini tidak sedar bahawa mereka membina di atas tanah orang lain.

Namun begitu, kebanyakan dari kita akan memilih pilihan yang pertama dan ingatlah Allah akan menghakim kita berdasarkan peta yang sebenar, bukan peta yang kita dakwakan benar.

Ayyuha ikhwah, begitulah apa yang kita lakukan. Mungkin ada yang kita lakukan bercanggah dengan Islam, namun di sebabkan ke egoan kita, maka kita menyatakan bahawa rumah kita masih lagi di kawasan yang betul. Di sinilah datangnya kelebihan kita merenung kembali sama ada apa yang kita buat di jalan yang haq atau batil. Jika di tanah yang batil, maka binalah yang baru. Bimbang jika kita masih berkeras membina di atas tanah tersebut, suatu hari nanti, tuan tanah tempat itu akan datang menuntut kepada kita dan pada ketika itulah kita akan menyesal.

Untuk kita tahu di manakah tanah kita, itu lah perlunya ilmu. Dampingilah mursyid soheh yang mampu menunujukkan kita sebesar mana laman kita. Ingatlah, hiduplah di dunia dengan pantang larang yang ada. Rasanya setakat ini sahaja mampu ana tulis. Insyaallah bersama2 lah kita mengambil manfaat daripada tulisan ini. Jadi binalah rumah di atas lot yang asal. Janganlah di anjak islam itu pada lot asal kerana jika di anjak, maka apa yang antum bawa hanyalah islam pada nama berulamkan anta anti berkuahkan ilmu fasiq.. wallahualam

Letihnya jadi pekebun


Aduhai nak jaga pokok. Bukan senang nak tanam ni. Baja kena cukup, siram kena penuh. Kalau tak, nenek aku cakap, pokok tu boleh jadi mati. Dahaga air katanya. Jadi, nak jaga ni bukan main-main tau. Bukan semua yang boleh jaga. Aku plak di taklifkan untuk menjaga semua pokok keliling rumah. Amboi.. satu pun dah pening nak jaga, inikan pula serumah.

Di tepi rumah aku ada la juga jiran-jiran yang jaga pokok ni. Cantik nampak. Buah pun banyak yang ada. Tapi bila dengar cerita diorang, boleh naik seram juga. Penjagaannya tak boleh lalai. Kalau lalai, boleh mati pokok tu. Kalau mati, jangan harapla kita di panggil pekebun berjaya. Wa.. Tak sempat nak mulakan lagi dah kena macam-macam ea. Dah siap di beritahu lagi ancaman-ancaman yang mungkin bakal berlaku pada pokok. Tapi tak apa. Amanah yang di berikan kita kena jaga. Bukan mudah orang nak percaya kat kita tu.

Tapi dah ada adik beradik aku lari dari nak buat kerja ni. Leceh katanya. Dah la susah tu. Takut-takut ada pokok yang layu di tangan dia. Jadi, aku cepat-cepat cakap kat dia "amboi, dah tahu kerja ni susah, tak kan nak biar aku jer yang jaganya. Kalau cuma kena duri pokok tu, biasa la tu. Bukan kita acukan tangan, tapi kalau time pegang pokok tu terkena, sabar je la. Jangan la menangis. Malu orang nampak. Kalau sebab kita pokok tu mati, redha jer la. Lain kali untuk pokok lain, jaga baik-baik. Kurangkan kematian pokok kalau dah tak boleh selamatkan semua."

Ha.. kena dia. Tu la. Bila nenek aku dah bagi kepercayaaan kat dia, dia sempat pula lari dan bagi kat aku. Mau tak frust. Jadi, harap-harap la adik beradik aku ni paham. Banyak juga cerita kalau pasal tanam pokok ni. Bayangkan la, time kita jaga pokok ni, ada semut buat sarang. Eh, semut ni baik ke buruk. Alamak.. dah pening la. Kalau bunuh kan, bimbang juga la dia ni sebenarnya bantu kita. Nampaklah adik aku terkedek-kedek pergi kat kawan dia. Report la ni. adoi.. sakit ati betul la budak ni. Lepas tu nampak la dia lari kat aku sambil cakap "bang, kawan adik cakap kita tak boleh bunuh semut sebab dia tolong kita kalau pencuri masuk rumah. Dia gigit pencuri tu. Lagipun bunuh binatang tu kan dosa" Yakin jer jawab. Tapi masuk akal juga. Adeh. Last-last aku tak bunuh semut tu.

Esoknya nenek aku pergi kat pokok tu. Lepas tu nenek aku 'pulas' telinga aku sambil cakap "yang dok bunuh tu bakpe. Nak suroh ketek nek ker". Dengan bahasa pekatnya tu, teruk aku di bebel pagi tu. Tapi tak per, aku jawab,"bunuh binatang tu haram nek." Di pulasnya balik telinga aku lalu di bawa aku pegang semut tu. Dan semut tu gigit aku. Adoi.. sakit tu. Nenek aku kata, "lain kali kalau orang suruh buat, buat la. Kita makan garam dulu dari dia la." Dah. Ayat biasa. Aku ambil ridsect, lepas tu sembur kat semut tu. Baru puas hati. Pandai-pandai gigit aku. Kalau belajar tasawuf boleh failed aku dengan cara ni ea.

Esoknya aku tengok pokok bunga bersemut tu lagi segar dari dulu. oo.. Baru aku paham, rupanya semut tu ada kaitan juga dengan merosakkan pokok bunga. Benda baru belajar ni. Lepas tu aku semakin banyak belajar pasal pokok bunga dengan semua hal-hal dia.

Air kena letak secebok. Lima kali sehari. Lepas tu, kalau nampak macam besar skit, kita letak baja. Nak suruh jadi sihat. Baja ni ada dua, baja pokok untuk kukuh batang, dengan baja buah untuk bagi lebat buah. Pasal akar tu, jangan bimbang ah, Kalau yang dulu dah ada akar yang kemas, baja-baja tu akan buat akar lagi keras. Kalau pasal binatang perosak ni ada dua. Ada jenis ulat makan daun. Benda tu tak nampak sebab halus sangat. Cuma tanda tu nampak la. Daun akan jadi kekok. Nampak macam nak rosak doh la. Lepas tu ada pula binatang perosak dari luar macam kabo, semut dan lain-lain la. Sebab tu la kena jaga molek. Bila nampak tanda tu, kena cepat-cepat berubat. Lepas tu buah tu kena balut. Takut kena lembu makan. Lepas tu kalau tak buat gitu, buah akan cepat buruk. Kalau buruk, tak boleh ah kita makan. Fuh, susah juga nak jaga ni ea.

Dah lama jaga pokok-pokok ni, kira pakar la sikit, mari la sepupu aku ke rumah. Macam biasa la, nenek aku suruh sepupu aku jaga pokok bunga. Aku plak kena jadi pemerhati dia. "Tak per, kita boleh ajar dia"aku cakap kat nenek aku. Jadi, aku akan ajar dia betul-betul sampai la dia fasih macam aku. Tapi kalau aku tak pandai, aku kena tanya nenek aku balik. Takut kena pulas telinga lagi. Jadi, awal-awal aku cakap kat dia sebelum dia belajar, aku cakap," kita jaga pokok ni kena banyak sabar. tak cayer, tunggu la." Jadi, nasihat aku untuk korang semua, mari lah kita ramai-ramai bercucuk tanam. Biar kena macam aku juga. Tapi tak per. Jangan bimbang, sebab time kita dapat buah tu, kita pasti akan excited dan semua letih-letih kita akan hilang.

Nasib dua wartawan, enam sukarelawan belum di ketahui


Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam semalam ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.

- Bernama

#di harapkan semua umat islam dapat sembahyang hajat dan mendoakan keselamatan juga kelancaran perjalanan konvo ini.

Abdullah ibnu rawahah (pejuang perang muktah)


Sahabat asal Ansar dari suku Khajraj ini termasuk orang yang memeluk agama Islam dari sejak dini yang merupakan salah seorang pimpinan dalam baiat Akabah. Berliau ini sempat mengikuti perang Badar dan peperangan-peperangan sesudah itu, akhirnya beliau meninggal dalam perang Muktah.

Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam sedang duduk di suatu tempat dataran tinggi kota Mekah, menghadapi para utusan yang datang dari kota Madinah, dengan bersembunyi-sembunyi dari kaum Quraisy. Mereka yang datang ini terdiri dari duabelas orang utusan suku atau kelompok yang kemudian dikenal dengan nama Kaum Anshar. Mereka sedang dibai’at Rasul (diambil Janji sumpah setia) yang terkenal pula dengan nama Bai’ah Al-Aqabah al-Ula (Aqabah pertama). Merekalah pembawa dan penyi’ar IsIam pertama ke kota Madinah, dan bai’at merekalah yang membuka jalan bagi hijrah Nabi beserta pengikut beliau, yang kemudian, membawa kemajuan pesat bagi Agama Alloh Subhanahu wa Ta’ala yaitu Islam. Salah satu dari utusan yang dibai’at Nabi itu, adalah Abdullah bin Rawahah.

Pada tahun berikutnya, Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam membai’at lagi tujuhpuluh tiga orang Anshar dari penduduk Madinah pada bai’at ‘Aqabah kedua, dimana Abdulah Ibnu Rawahah ini pun termasuk salah seorang utusan yang dibai’at itu.

Kemudian sesudah Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersama shahabatnya hijrah ke Madinah dan menetap di sana, maka Abdullah bin Rawahah jualah yang paling banyak usaha dan kegiatannya dalam membela Agama dan mengukuhkan sendi-sendinya. Ialah yang paling waspada mengawasi sepak terjang dan tipu muslihat Abdulla bin Ubay (pemimpin golongan munafik) yang oleh penduduk Madinah telah dipersiapkan untuk diangkat menjadi raja sebelum Islam hijrah ke sana, dan yang tak putus-putusnya berusaha menjatuhkan Islam dengan tidak menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada. Berkat kesiagaan Abdullah bin Rawahah yang terus-menerus mengikuti gerak-gerik Abdullah bin Ubay dengan cermat, maka gagalah usahanya, dan maksud-maksud jahatnya terhadap Islam dapat di patahkan.

Ibnu Rawahah

Ibnu Rawahah adalah seorang penulis yang tinggal di suatu lingkungan yang langka degan kepandaian tulisi baca. Ia juga seorang penyair yang lancar, untaian syair-syairnya meluncur dari lidahnya dengan kuat dan indah didengar ….

Semenjak ia memeluk Islam, dibaktikannya kemampuannya bersyair itu untuk mengabdi bagi kejayaan Islam …..Dan Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menyukai dan menikmati syair-syairnya dan sering beliau minta untuk lebih tekun lagi membuat syair.

Perperangan

Balatentara Islam maju bergerak kemedan perang muktah. Sewaktu orang-orang Islam dari kejauhan telah dapat melihat musuh-musuh mereka, mereka memperkirakan besarnya balatentara Romawi sekitar duaratus ribu orang …, karena menurut kenyataan barisan tentara mereka seakan tak ada ujung alhir dan seolah-olah tidak terbilang banyaknya ….!

Orang-orang Islam melihat jumlah mereka yang sedikit, lalu terdiam …dan sebagian ada yang menyeletuk berkata: “Baiknya kita kirim utusan kepada Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, memberitakan jurnlah musuh yang besar. Mungkin kita dapat bantuan tambahan pasukan, atau jika diperintahkan tetap maju maka kita patuhi”.

Tetapi Ibnu Rawahah, bagaikan datangnya siang bangun berdiri di antara barisan pasukan-pasukannya lalu berucap: “Saudara-saudara sekalian! Demi Alloh Subhanahu wa Ta’ala, sesungguhnya kita berperang melawan musuh-musuh kita bukan berdasar bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah Kita tidak memerangi memerangi mereka, melainkan karena mempertahankan Agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Alloh Subhanahu wa Ta’ala… ! Ayohlah kita maju ….! Salah satu dari dua kebaikan pasti kita capai, kemenagan atau syahid di jalan Alloh Subhanahu wa Ta’ala… !”

Dengan bersorak-sorai Kaum Muslimin yang sedikit bilangannya tetapi besar imannya itu menyatakan setuju. Mereka berteriak: “Sungguh, demi Alloh Subhanahu wa Ta’ala, benar yang dibilang Ibnu Rawahah.. !”

Demikianlah, pasukan terus ke tujuannya, dengan bilangan yang jauh lebih sedikit menghadapi musuh yang berjumlah 200.000 yang berhasil dihimpun orang Romawi untuk menghadapi suatu peperangan dahsyat yang belum ada taranya.

Kedua pasukan, balatentara itu pun bertemu, lalu berkecamuklah pertempuran di antara keduanya.

Pemimpin yang pertama Zaid bin Haritsah gugur sebagai syahid yang mulia, disusul oleh pemimpin yang kedua Ja’far bin Abi Thalib, hingga ia memperoleh syahidnya pula dengan penuh kesabaran, dan menyusul pula sesudah itu pemimpin yang ketiga ini, Abdullah bin Rawahah. Dikala itu ia memungut panji perang dari tangan kanannya Ja’far, sementara peperangan sudah mencapai puncaknya. Hampir-hampirlah pasukan Islam yang kecil itu, tersapu musnah diantara pasukan-pasukan Romawi yang datang membajir laksana air bah, yang berhasil dihimpun oleh Heraklius untuk maksud ini.

Ketika ia bertempur sebagai seorang prajurit, ibnu Rawahah ini menerjang ke muka dan ke belakang, ke kiri dan ke kanan tanpa ragu-ragu dan perduli. Sekarang setelah menjadi panglima seluruh pasukan yang akan dimintai tanggung jawabnya atas hidup mati pasukannya, demi terlihat kehebatan tentara romawi seketika seolah terlintas rasa kecut dan ragu-ragu pada dirinya. Tetapi saat itu hanya sekejap, kemudian ia membangkitkan seluruh semangat dan kekutannya dan melenyapkan semua kekhawatiran dari dirinya, sambil berseru:

“Aku telah bersumpah wahai diri, maju ke medan laga

Tapi kenapa kulihat engkau menolak syurga …..
Wahai diri, bila kau tak tewas terbunuh, kau kan pasti mati
Inilah kematian sejati yang sejak lama kau nanti …….
Tibalah waktunya apa yang engkau idam-idamkan selama ini
Jika kau ikuti jejak keduanya, itulah ksatria sejati ….!”
(Maksudnya, kedua sahabatnya Zaid dan Ja’far yang telah mendahului gugur sebagai syuhada).

Wafatnya

Jika kamu berbuat seperti keduanya, itulah ksatria sejati…..!” Ia pun maju menyerbu orang-orang Romawi dengan tabahnya …… Kalau tidaklah taqdir Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang menentukan, bahwa hari itu adalah saat janjinya akan ke syurga, niscaya ia akan terus menebas musuh dengan pedangnya, hingga dapat menewaskan sejumlah besar dari mereka …. Tetapi waktu keberangkatan sudah tiba, yang memberitahukan awal perjalananya pulang ke hadirat Alloh, maka naiklah ia sebagai syahid…..

Jasadnya jatuh terkapar, tapi rohnya yang suci dan perwira naik menghadap Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Tinggi, dan tercapailah puncak idamannya: “Hingga dikatakan, yaitu bila mereka meliwati mayatku: Wahai prajurit perang yang dipimpin Alloh Subhanahu wa Ta’ala, dan benar ia telah terpimpin!” “Benar engkau, ya Ibnu Rawahah….! Anda adalah seorang prajurit yang telah dipimpin oleh Alloh…..!”

Selagi pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa’ di Syam, Rasululloh Shallallohu alaihi wa Sallam sedang duduk beserta para shahabat di Madinah sambil mempercakapkan mereka. Tiba-tiba percakapan yang berjalan dengan tenang tenteram, Nabi terdiam, kedua matanya jadi basah berkaca-kaca. Beliau mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata yang jatu disebabkan rasa duka dan belas kasihan … ! Seraya memandang berkeliling ke wajah para shahabatnya dengan pandangan haru, beliau berkata: “Panji perang dipegang oleh Zaid bin Haritsah, ia bertempur bersamanya hingga ia gugur sebagai syahid ….. Kemudian diambil alih oleh Ja’far, dan ia bertempur pula bersamanya sampai syahid pula ….”. Be!iau berdiam sebentar, lain diteruskannya ucapannya: “Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan ia bertempur bersama panji itu, sampai akhirnya ia·pun syahid pula”.

Kemudian Rasul diam lagi seketika, sementara mata beliau bercahaya, menyinarkan kegembiraan, ketentraman dan kerinduan, lalu katanya pula : “Mereka bertiga diangkatkan ke tempatku ke syurga …”

Perjalanan manalagi yang lebih mulia …….

Kesepakatan mana lagi yang lebih

berbahagia …….

Mereka maju ke medan laga bersama-sama …….

Dan mereka naik ke syurga bersama-sama pula ….

Dan penghormatan terbaik yang diberikan untuk mengenangkan jasa mereka yang abadi, ialah ucapan Rasululloh Shallallohu alaihi wa Sallam yang berbunyi: “Mereka telah diangkatkan ke tempatku ke syurga…… “

Turning Point

What’s dark has become bright
What’s hidden is revealed
The fog’s lifted, the clouds cleared
The winding road morphs into a straight path

My vision becomes clear
Black and white paints different hues
With the knowledge I come to empower
I won’t return cowardly to that gray shade

Let’s turn back now, turn to where we started
Don’t wait for things to turn around, let’s turn them ourselves
Live for the truth, leave all the lies
“Because life is too short for unimportant things”

My steps are strong, my pace sure
A new exuberance makes up for the lousy past
The doors to the future I sought for are wide open
Nothing is standing in my way

Let’s forget our failures and past mistakes
Don’t laze any longer, let’s be brave and march to the light
Love each other, and
Believe in The Greatest Power we love so much

Allahu rabbi la ushriku bihi shai'an...

by zaqwan badli

Diari anak si mata satu

Satu cerita untuk renungan bersama pada hari ibu ini.
Kisah diari seorang anak yang mempunyai ibu bermata satu. (buta sebelah)

My mum only had one eye
I hated her.. she was such an embarassment.
She cooked for the students and teacher to support the family
There was this one day during elementary school where my mum came to say hello to me
I was so embrassed, how could she do this to me
I ignored her, throw her a hateful look and ran out
The next day on school one of my classmates said "Eee, your mum has only one eye".
I wanted to buty myself, I also wanted my mum to just disappered.
So, I confronted her that day "If you're only going to make me a laughing stock, why don't you just die."
My mum did not respond
I didn't stop to think for a second because I was full of anger
I was oblivious to her feeling. I want to out from that house.
So, I studied a real hard and got chnce to further my study
Then I got married, I bought a house from my own, I had a kid on my own. I was happy with my life
Then one day, my mother came to see me. She hadn't seen me in years and she didn't even meet her grandchildren's
When she stood at the door, my children laugh at her.
I scremed at her 'how dare you come t my house and scremed my children"
Get out of her now
And to this, my mother quietly answered, "Oh, I'm sorry, I may have gotten the wrong address" and she disappeared from my sight.
One day, a letter regerding school reunion come to my house.
So, I lied to my wife I was going to a bussiness trip
After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity,
My neighbours said that she died
I did not shed a single tear
They handed a letter that she had wanted me to have
"My dearest son, I think of you all the time. I'm sorry that I come to your house and scared your children. I was so glad when I heared you are coming to the reunion. But I may not be able to get out of bed to see you. I am sorry that i was a constant embrassment for you when you were growing up. You see... When you were little, you gat into accident and lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you having to grow up with one eye. So, I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me in my place, with the eye. With my love to you" YOUR MOTHER.

Adakah jika kita berada di tempat pemuda tadi, adakah kita akan mengikut jejak langkahnya. Fikir-fikirkanlah. Jasa-jasa ibu terlalu besar bagi kita. Dapatkah kita membalasnya. Kepada ibu2 di Malaysia, selamat hari ibu. Jasa anda sukar untuk kami membalasnya.

Kisah ibu yang penyayang


Sempena hari ibu yang bakal berlangsung tidak lama lagi, hari ini ana ingin menceritakan satu kisah kepada semua yang sudi membacanya. Bukan apa yang ana maksudkan untuk mengikuti budaya barat yang hanya memilih tarikh tertentu untuk meraikan ibunya, namun hanyalah untuk sekadar kita beringat dan renungan supaya kita sama-sama mengingati apakah pengorbanan ibu kita itu mampu ditanggung oleh kita jika kita berada di tempatnya. Kisahnya bermula pada kehidupan seorang janda beranak tiga, dia telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya sekuat yang boleh. Hendak di jadikan cerita, berjayalah anak-anaknya untuk melanjutkan pelajaran di MRSM-MRSM yang terkemuka selain seorang anaknya yang hanya berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah SMKA yang berhampiran tempatnya.

Pembiayaan untuk pelajar MRSM ketika itu tersangat besar dan hampir-hampir si ibu ini tidak mampu untuk menampungnya. Namun, keras hatinya berbekalkan semangat anak ini bakal penerus kepada masa depan negara. Maka di tanggungnya segala derita. Lalu, terjadilah satu ujian untuk menguji kekuatan hati sang ibu ini. Anaknya yang belajar di SMKA di tuduh sebagai seorang pencuri malahan perkara itu di sebarkan kepada sekalian penduduk kampung. Alangkah hancurnya hati seorang ibu apabila mendengar berita sedemikian. Apatah lagi pesalahnya adalah anaknya yang belajar di SMKA. Tentulah besar harapannya untuk melihat anaknya ini hebat di dalam agama seperti yang sepatutnya ada pada seorang yang beraliran agama. Menitis air matanya setelah mendengar berita demikian.

Akhirnya dia mengambil keputusan berbincang dengan anaknya itu lalu apabila anaknya itu menyatakan bahawa tuduhan itu hanyalah tipu semata-mata, maka mengalir sekali lagi air matanya. Syukur.. Ucapnya. Dan pada ketika itu, si ibu menyatakan bahawa dia mempercayai kata-kata si anak ini dengan sepenuh hati. Sedih hati si anak, apabila si ibu yang mana telah mengetahui keburukan si anak ini yang banyak, namun apabila timbul permasaalahan begini, dia masih lagi mempercayai kata-kata si anak ini. Pada ketika itu, tekad si anak ini, dia pasti akan berubah demi menjadi insan yang di harapkan oleh si ibu itu tadi. Dan analah si anak itu. Dengan kasih sayang yang di berikan pada ana, harga berapakah yang boleh ana nilaikan melainkan ana doakan semoga suatu hari nanti dapat ana membalas jasa ibu ana ini. Maka ana memohon pada Allah semoga doa ana di makbulkan kerana seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak mungkin tidak dapat menjaga seorang ibu. Ana berharap ana bukan terdiri dari orang yang tidak dapat menjaga ibunya. Insyaallah, segala jasa ibu hanya Allah yang mampu membalasnya.

Pemimpin generasi muda


Pada yang mengenali akan diri ana dan mendengar ceramah tak rasmi ana pasti perkataan ini seringkali kedengaran. Kita adalah pemimpin generasi muda. Lalu di keluarkanlah dalil yang paling di ingati, kata saidina umar "jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini." Perkataan ini sudah menjadi lali pada sebahagian orang. Tapi berapa orang di antara masyarakat atau pemuda kita tersedar yang selain dari kita kaum pemuda pemudi harapan negara, masih ada lagi yang lebih muda dari kita. Itulah ia kanak-kanak.

Pada waktu kini sudah berlaku satu sindrom yang paling besar di mata kita yakni sindrom kepemudaan sehinggakan kita lupa dan leka bahawa jika kita di katakan pemimpin, mereka ini lebih merupakan pemimpin dari kita. Betul jika kita menjawab apalah yang ada pada budak-budak ini. Mereka bukanlah matang. Itu jika kita ambil kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sebagai sasaran kita. Namun cuba kita ambil pelajar sekolah menengah sebagai sasaran, itu merupakan lebih baik.

JIKA INGIN MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Pepatah ini mungkin sekali kerap kita dengari. Tapi sedarlah, pepatah ini tidak di wujudkan dengan sendiri dan ada kebenaran pada kata-kata tersebut. Pasti ada yang pernah mendengar mengenai kes-kes remaja yang berlaku di sekolah menengah. Adakah sekarang ini kita hanya patut menunding jari pada pihak guru yang pada di bayar dengan sejumlah wang untuk membetulkan mereka. Jika benar, maka persepsi ini perlu di ubah. Guru telahpun memainkan peranan penting untuk menyediakan suasana yang baik kepada mereka, namun oleh kerana bilangan mereka yang sedikit, tidak semua yang mereka ingin lakukan dapat di jalankan. Kerana itu, sebagai satu langkah, hari ini kita semua haruslah pergiatkan pergerakan kita di bekas-bekas sekolah kita dahulu. Berbanding dengan kita, mereka harus lebih mula menjejakkan tapak sebagai pemimpin supaya mana umat islam dapat di bawa dan di perkuatkan se maksima yang boleh.

PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM PADA ZAMAN KEHEBATAN EMPAYAR ISLAM
Siapa tidak kenal dengan sultan Muhammad Al Fatteh yang telah memulakan suatu lembaran baru pada perjalanan tamadun Islam dengan pembukaan kota Constantinople dan menukarnya sebagai Istanbul. Atau Salahuddin Al Ayubi, tokoh perang salib yang di kenali kehebatannya malah oleh musuh-musuh islam sekalipun. Tahukah anda bahawa mereka tidak pernah mempersiakan zaman mudanya. Sultan salahuddin, semenjak kecil lagi, beliau telah di ingatkan bahawa beliau adalah pemimpin umat islam. Lalu kerana itulah gerak-gerinya hanyalah untuk membantu pada pembangkitan umat islam. Begitu juga Salahuddin Al Ayubi. Walaupun pada ketika awalnya beliau tidak mahu menerajui tampuk pemerintahan, namun beliau sudah di terangkan semenjak kecil lagi bahawa tugas beliau adalah untuk membantu umat islam. Namun, siapakah yang ingin menerangkan kepada remaja-remaja ini bahawa mereka adalah antara peneraju pada umat islam.

JOM KEMBALI KE SEKOLAH
Bukanlah promosi kasut yang di maksudkan, tetapi promosi bagi kita untuk membantu saudara-saudara seagama supaya mereka sedar dan faham akan hakikat kehebatan mereka. Insyaallah dengan bantuan kita para dai'e, moga-moga mereka dapat melihat jalan dan sedar akan matlamat apa yang mereka ingin capai di dunia. Bukan hasil yang Allah lihat, namun sejauh mana usaha kita demi mebantu agamanya. Insyaallah, bersama-sama la kita membantu golongan ini untuk melahirkan pemimpin generasi muda yang benar-benar berkualiti dan mengangkat martabat Islam ke tempat yang tertinggi. Amin.

Warkah buat rakan SMKADG ku


Saya mulakan ayat saya dengan kalimah suci bismillahirahmanirahim. Insyaallah apa yang saya tulis ini haraplah tidak mengguris hati mana-mana pihak kiranya. Aku berlindung daripada syaitan yang sifatnya sering membawa manusia ke arah kufar dan nafsu amarah yang seringkali memberi kaburukan kepada kita. Harap apa yang di tulis ini dapat di ambil pengajaran sebaik mungkin. Maka gunakanlah nikmat ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada anda untuk menilai apa yang cuba saya samapaikan. Jika baik, maka ambillah ia sebagai pengajaran. Jika tidak, maka saya memohon seribu kemaafan akan kelemahan diri saya ini. Terimalah warkah saya untuk anda semua.

Pertama sekali sekalung tahniah di ucapkan kepada yang mana terdetik untuk menyatukan kembali semua sahabat-sahabat kita yang telah hilang sekian lama. Sememangnya mengikut penilaian diri ini tidaklah ia ada melainkan memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya telah berfirman Allah di dalam Al Quranul Karim

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al hujurat:13)

Maka bertepatan lah apa yang kita cuba lakukan dengan apa yang di tuntut. Mengenai cara itu haruslah kita sedar sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Maka seharusnya kita selaku pelajar bekasan agama tiada lah melakukan sesuatu yang tidak kena pada syaraknya. Jadi ini bukanlah apa yang di persoalkan sekarang. Apa yang ingin kita persoalkan adalah sejauh mana komitmen kita pada apa yang kita rancangkan. Mudah menyebut, payah melaksanakan. Mungkin kata-kata ini tidaklah janggal bagi kita. Begitu juga dengan peribahasa melayu ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. Adakah kat-kata ini hanya tinggal kata-kata. Benarlah umat islam ini tidak pernah lekang dek orang-orang yang mempunyai idea-idea yang bernas namun masaalah kita adalah tiada orang yang sudi mendukung amanah tersebut.

Ingatlah, idea tanpa usaha seperti mat jenin yang jatuh dari pokoknya. Usahlah bermimpikan ingin menjadi mat jenin moden yang Berjaya dalam hidupnya jika setiap dari ahli kita mengambil sikap endah tak endah akan apa yang di ideakan. Tidaklah saya menyatakan salah pada memiliki pemikiran yang bernas, tetapi jika tidak di lalui dengan usaha, maka ianya tidaklah wajar. Nampak seolah-olah ia seperti burung kakak tua, cakapnya pandai, fahamnya tidak.

Masaalah terbesar bagi kita sekarang adalah kita mengambil mudah tentang perancangan yang teliti. Ingatlah kata Assyahid imam hassan al banna "Sesungguhnya kebatilan yang di buat secara tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang di buat secara tak terancang."

Hari ini, saya ingin membawa anda melihat program yang bakal di anjurkan ini bukan sekadar suatu program suka-suka yang tiada kelebihan pada dirinya, tetapi sebagai satu team yang membawa sepanduk islam juga tak lupa sepanduk alumni smkadg. Ia juga sebagai satu 'kursus' agar kita tidak tergolong dari golongan orang yang ingin menegakkan kebenaran tetapi tak pandai merancang. Kalau hanya program ini kita tidak mampu uruskan, maka janganlah kita berbincang mengenai sesuatu yang lebih besar kerana kita tidak lebih daripada sembang kosong dan tidak memberikan apa-apa impak kepada diri sendiri. Jadikanlah apa yang kita rancangkan sebagai tangga anda semua untuk bekerja sesama kita juga sebagai tangga pengubah diri kita semua supaya kita mampu menjadi insan yang lebih kuat dan ingatlah Allah menyukai lebih pada orang yang kuat berbanding yang lemah.

Oleh sebab ruang perbincangan anda lebih kepada membina alumni, maka ingin saya sebutkan beberapa perkara di sini. Pertama, sedarlah bahawasanya kita sebagai penuntut smka lebih di berikan harapan kepada kita untuk membina insane-insan peneraju masa depan. Katanya seorang hamba Allah, kita adalah umara’ berbentuk ulama’. Sekuarang-kurangnya itu yang di harapkan. Tetapi kita telah ketinggalan terkebelakang dalam membina generasi adik-adik kita supaya menjadi lebih hebat. Biarlah pada masa kita, kita tidak mendapat galakan dari senior-senior, jangan kita jadikan adik-adik kita memiliki nasib yang serupa sedangkan abang-abangnya menjadi orang hebat di tempat pengajiannya. Jangan akhirnya kita di tuduh malu untuk menyumbangkan sedikit tenaga kepada mereka. Alumni yang kita maksudkan ini bukan hanya semata-mata memberikan kelebihan kepada adik-adik kita, tetapi turut memberikan kelebihan di dalam bidang penyampaian dan gerak kerja kita. Dan semua ini pastilah akan memberikan impak yang besar kepada kita semua. Dan ingatlah, mukmin yang terbaik adalah yang memberikan kelebihan kepada dirinya dan orang lain.

Kesimpulannya, apa yang saya ingin katakan adalah usahlah kita merasakan apa yang kita perbuat ini tidak memberikan apa-apa kesan kerana ini merupakan satu ibadat kerana langkah kita merupakan satu langkah ke arah pembinaan diri kita juga pembinaan orang-orang yang mampu kita bantu ke arah yang lebih baik demi agama, bangsa dan Negara. Sebelum saya menghabiskan kata-kata ini, sudilah kiranya anda menjawab persoalan saya. Demi apakah anda belajar. Jika jawapannya untuk membantu agama, bangsa dan Negara, fikirkanlah kembali kerana kita sendiri tidak mampu membantu junior kita, inikan pula berbincang mengenai yang lain. Harapan saya janganlah di anggap program ini hanya sebagai reunion biasa, tetapi anggaplah ia sebagai gerak kerja awal kita ke arah pengalumnian smkadg dan jika anda membantu kami, tiadalah yang dapat kami ganjarkan melainkan jika anda ikhlas untuk agama, maka Allah lah jua yang akan menghadiahi anda dengan seiring dengan usaha anda bahkan lebih baik. Insyaallah. Bersama sekata sehati terasa. Taqyuddin Al Jundiy.

Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.. Tetapi orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di Dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. dan Dengan Yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".(Surah hud : 118 & 119)

Bersemangat tetapi tak ada semangat


"Siapa yang nak duit ini angkat tangan". Maka ramai la pelajar-pelajar mengangkat tangan. Di ulang lagi ayat yang sama kepada semua pelajar sebanyak 3 kali dan hasilnya meriah, semua angkat tangan nak minta duit seringgit. Biasalah, budak-budak. Seringgit itu seolah-olah aset bernilai sejuta pada mereka. Banyak makanan yang boleh di beli. Gula-gula penghias gigi rongak tu dah dapat 20 tu. Kemudian bangunnya seorang perempuan datang mengambil duit itu. Nah, terlopong kita. Hilang duit itu begitu sahaja. Apa yang di beritahu oleh penceramah ketika itu, kita kalau hanya bercakap, tetapi tiada usaha untuk membuatnya, maka kita ini tidak akan memberi sebarang kelebihan. Tetapi bagi ana, apa yang ana dapat adalah kita ini bersemangat tetapi tak ada semangat.

Inilah masaalah yang menimpa kita di zaman pasca moden ini. Idea yang banyak yang ada pada kita, namun apabila kita berbincang tentang menjalankannya, masing-masing berlepas tangan. Jadi mungkin patut ana tuliskan di sini, jika begini lah perangai umat islam, maka kita tidak akan jatuh di sebabkan kurang idea, tetapi lebih idea kurang usaha, itulah masaalahnya yang kita hadapi sekarang. Mana tidaknya, apabila kita berbincang mengenai idea, maka kumpulkanlah saja beberapa orang, maka 1001 idea bernas yang akan keluar. Tetapi kumpulkan 100 orang untuk melaksanakannya, maka ana dapat rasakan sebahagian darinya akan menolak pada sebahagian yang lain. Sebahagian lagi dari separuh itu akan buat kerja tak habis, sebahagian lagi dari bilangan yang tinggal akan membuat kerja sambil lewa dan sebahagian yang tinggal akan merasakan merekalah yang paling banyak membuat kerja lalu mereka membuat kerja sambil lewa. Ketika itu ikhlas bukan lagi satu medium yang akan di perbahaskan. Yang mereka akan sebut, janji siap lalu hasilnya mengecewakan. Apabila di bawa pemikirannya dengan bertanya ikhlaskah anda, maka jawapan yang biasa "Ahh, kamu tak rasa tak apa lah".
Penyakit kita umat islam pasca moden.

Maka di manakah boleh kita mengharapkan jika beginilah hasil-hasil yang kita perolehi. Saidina Umar pernah berkata "Jika kamu mahu melihat generasi yang akan datang, maka lihatlah generasi muda pada hari ini." Beban yang kita galas tidaklah berat jika kita bersama-sama. Itu yang ana pegangkan. Maka apabila sebahagian dari kita gemar melontarkan kata-kata atau idea yang bernas namun tidak mahu membantu atau menggerakkan jalan kerja ibadah samada ibadah ummumiah atau ibadah khususiah, maka kita samalah seperti menanam tebu di bibir mulut. Renungilah hadis ini wahai akhi dan ukhti sekalian.

Dari sahl bin saad assaidi r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu di suatu masa di mana para ulama' sudah tidak di ikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak di segani lagi. Hati mereka seperti hati orang ajam(pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang arab (pada fasihnya).

Teori Darwinisme. Isi dan perbincangannya..


Hukum evolusi menyatakan bahawa seluruh alam ini bermula dengan kehidupan ringkas ‘unicell’ yang mana tiada apabila masa berganti masa, maka unicell ini mula berubah ke arah yang lebih baik di sebabkan faktor kebetulan (sufdah) atau kehendak semasa (dharurah) dalam keadaan yang berkuasa akan menang. (The best win)
Di bawah ini di bentangkan setengah dari hujah-hujah yang membanteraskan teori darwinisme.
1. Andaikata teori evolusi ini terus-menerus terpakai dan berjalan pada setiap benda, maka dari apakah pula binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan unta menrurut teori evolusi itu? Begitu juga dengan binatang-binatang yang lain. Dari manakah asalnya.
2. Mengapa kera/beruk yang asal masih tinggal sedangkan binatang berbentuk pertengahan antara beruk dan manusia itu di katakan meningkat mengikut hukum evolusi? Kalaulah teori yang mengatakan bahawa yang kuat akan menang dan yang lemah akan kalah, maka sudah semestinya kera/beruk yang akan mengalami kekalahan paling awal di sebabkan kedudukannya yang berada di tempat yang paling bawah di dalam hiraki.
Jadi bagi memahamkan pula dalil mengenai kesalahan atau penipuan darwinisme, elok di fahamkan dari ayat ke ayat. Pertama, di katakan bahawa setiap hidupan bernyawa itu datangnya daripada binatang satu cell (yakni di katakan datang dari sel paling ringkas) dan berubah ke arah yang lebih baik dengan sendirinya. Maka bolehkah kita fikirkan dengan logik akal manusia bahawasanya sesuatu akan berubah dengan kehendaknya tanpa ada yang membuatnya. Di ibaratkan sebagai anda memiliki sebuah kilang percetakan. Pada suatu hari, berlaku gempa bumi di tempat anda. Lalu kertas-kertas berterbangan dantempat dakwat mulai pecah. Lalu memercik dakwat ke seluruh tempat bangunan dan kertas-kertas yang berterbangan. Lalu kertas itu jatuh sehelai demi sehelai dan membentuk sebuah kitab yang di gunakan secara meluas pada hari ini. Tentu anda menyatakan tidak mungkin akan terjadi sebegitu melainkan pasti ada yang membuatnya.
Maka tidak mungkin tidak, hanya akan keluar 3 sebab sahaja untuk menerangkan perkara ini.
1) Allah lah yang telah membuat semua perkara yang terjadi pada hari ini
2) Makhluk itu sendiri yang berfikir dan menggabungkan diri mengikut kerelaan hatinya.
3) Segala perkara itu terjadi tanpa di rancang.
Di dalam perbahasan pertama tadi kita tahu bahawasanya perkara ke 3 tidak muingkin berlaku atas sebab-sebab di atas. Kemungkinan ke dua juga tidak mungkin berlaku kerana apabila kita membenarkan kemungkinan ke dua, bererti kita membenarkan bahawa semua makhluk berfikir dan ia memberikan satu sifat berfikir pada makhluk dan itu sememangnya tidak mungkin berlaku. Jadi akhirnya tiadalah yang lain yang dapat kita fikirkan melainkan Allah lah yang membuat semua ini dan termaktublah bahwa teori Darwin itu sememangnya teramat salah.

Biasa itu benar??????


“kak, pakaian macam ni tak boleh di pakai kak.. Ustazah adik kata macam ni dosa.” Tanya adik kecil yang petah percakapannya kepada kakaknya. Lalu di jawab kakaknya, “dik, pakaian macam ni dah biasa la sekarang. Ikut trend, ranggi dan bergaya.”
Beginilah serba sedikit percakapan yang kita boleh Nampak berlaku di kalangan masyarakat zaman sekarang. Hairan si adik, tidak di ajar oleh ustazahnya mengenai trend semasa. Jadi kesimpulan yang di buat, “ooo…. Tu namanya trend ea. Di dahulukan daripada apa yang agama suruh..” Satu kesimpulan yang salah oleh kerana kejahilan si akak untuk menegakkan trend dunia.
Bagaimana si akak tadi boleh terjerumus ke dalam kancah begini sedangkan semua pelajar-pelajar di Malaysia ini telah di ajar mengenai Islam sejak umurnya darjah satu di sekolah. Ini tidaklah termasuk dengan anak-anak ustaz, ulama’ dan anak-anak orang awam yang faham akan kehendak dan keperluan menjaga serta menerapkan agama di dalam jiwa anaknya. Sudah pastilah dia akan memberi didikan kepada anaknya ketika masih kecil. Persoalannya mengapa wujudnya si akak seperti yang di ceritakan tadi. Bukan seorang atau dua, malahan mungkin mencecah berjuta-juta di dunia ini.
Jangan terkejut jika ana katakan pelajar aliran agama juga kadang-kadang tertewas dengan persoalan ini. “Benarkah apa yang mereka buat itu salah. Jika salah kenapa ramai orang mengikutinya.” Akhirnya jawapan yang akan di beri ketika mereka membuat maksiat “ahh… Ini perkara biasa lah.”. Biasa yang benar. Adakah itu yang sepatutnya kita ucapkan. Apabila isu pemakaian yang tidak sempurna menjadi tunjang perdebatan, lalu mereka berkata, itu perkara biasa. Lalu di jenamakan kebatilan itu dan di upgradekan biasa itu menjadi perkataan fesyen kontemperori. Apabila di campakkan fesyen itu ke lautan pemudi-pemudi Islam, di berilah nama busana Muslimah (Bukan semua busana muslmah yang salah. Tapi kebiasaannya banyak yang salah. Antum rujuklah kembali bagaimana pemakaian mengikut Islam sebenar kepada ustazah yang arif).
Hah.. Cukup gah nama itu. Maka semakin lah menjadi kebiasaan bagi pemakaian yang mengikut trend. Tetapi adakah biasa itu benar. Jika semua orang menjadi pencuri di Malaysia, adakah antum akan menyatakan yang mencuri itu benar. Sudah pastinya tidak. Bukankah perkara ini sama dengan konsep pemakaian itu tadi. Mengapa masih wujud golongan cerdik pandai yang menafikan perkara ini lalu membenarkan kebatilan berleluasa atas tiket perkara itu sudah biasa.
Bukan tugas kita semua untuk memberikan penjenamaan semula kepada perkara-perkara batil agar kebatilan itu tidak nampak batilnya. Tetapi kita haruslah berusaha untuk bersama-sama memahamkan pada yang masih tidak faham tentang konsep ini bahawa batil bukanlah permainan, yang boleh di ubah ketika kita mahukannya. Tetapi hukum Allah yang mana tidak kisahlah sebiasa mana ia berlaku, jangan kita letakkan walaupun sedikit di dalam hati kita bahawa yang biasa itu benar. Kerana ingatlah, sesungguhnya yang benar jika bercampur dengan perkara batil pastinya ia akan menjadi batil.
Sama-sama la kita renungkannya

Dakwah dan perbincangannya..




103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(Al imran:103)

Dan ingatlah ketika mana di waktu kita bercerai berai pada suatu ketika dahulu, lalu Allah menaut hati beberapa golongan hambanya di bawah naungan ad din yang di berkatinya, lalu muncullah satu golongan yang cuba mempertahankan ad din tersebut dan ada juga yanhg menolak untuk mempertahankan ad din tersebut. Di dalam bilangan yang kecil untuk mencapai ad din tersebut, berpecahlah ia lagi mengikut cara masing-masing. Hari ini ana tidak berniat bagi menceritakan mengenai gaya-gaya tersebut. Cukuplah bagi ana jika mereka membantu bagi meletakkan Islam di tempat teratas dalam segala aspek. Cuma ana ingin berkongsi dengan semua mengenai syarah ayat al-imran ayat 104 yang di syarah oleh abu ana kepada ana.

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.(Al imran:104)

Ayat ini banyak di gunakan oleh ustaz-ustaz bagi menerangkan mengenai hokum seruan dakwah. Di dalam ayat ini, terdapat tiga seruan yang berasingan iaitu menyeru kepada kebaikan, mengajak kepada makruf serta melarang pada yang munkar. Juga di sebutkan di dalam ayat ini mereka yang melakukan kesemua yang di tulis adalah golongan yang Berjaya. Percayalah, janji manusia kemungkinan boleh di mungkiri, namun apabila Allah meletakkan janjinya, Dia tidak pernah akan khianati janji tersebut. Menyeru kepada kebaikan(dakwah) bererti kita mengajak bagi orang yang bukan beragama Islam untuk menerima Islam samaada daripada perbuatan yang jelas nampak atau yang tidak jelas nampak(secara kias atau menunjukkan pebuatan baik atau semua sekali yang mampu membuka hati orang bukan Islam kepada Islam tetapi hendaklah dengan kerelaan hatinya) manakala mengajak kepada makruf bermaksud mengajak seseorang untuk berbuat pahala samaada perbuatan itu perbuatan wajib, sunat, harus dan melarang pada munkar bererti melarang seseorang dari mebuat perkara dosa (yakni haram). Ketiga-tiga ini adalah perintah yang mana wajib bagi seorang muslim yang mampu berbuatnya untuk membuatnya. Tetapi tidak boleh bagi kita memilih salah satu daripada tiga itu kerana ketiga-tiga itu merupakan perintah-perintah yang berbeza. Membuat hanya sebahagian daripadanya sahaja menunjukkan yang mereka melakukan perkara itu tidak secara keseluruhan dan tidak sempurna cara itu. Bagi yang belajar bahasa arab, perkataan ‘kum’ itu di gabungkan dengan perkataan ‘min’ iaitu sebahagian yang member hukum pada perbuatan ini sebagai fardu kifayah.
Oleeh sebab mereka salah faham akan maksud fardu kifayah, jadi mereka memilih untuk tidak bersama-sama dalam menjalankan perkara tersebut. Adapun makna fardu kifayah adalah kewajipan yang wajib di laksanakan oleh sebhagian, maka jika ia terlaksana, jatuhlah perintah wajib atas sebahagian yang lain di dalam qariah tersebut. Contohnya begini, fardhu kifayah untuk kita melaksanakan solat jenazah dan solat berjemaah. Bagi solat jenazah, maka seorang sudah memadai untuk melaksanakannya, namun bagi solat jemaah, seorang tidak mampu untuk melaksanakannya. Dua orang atau lebih barulah mampu melaksanakan perintah tersebut. Maka wajiblah bagi dua orang dalam kawasan itu menjalankan solat jemaah dan terlepas penduduk di qariah tersebut. Tetapi bagi dakwah serat amar makruf nahi munkar, jika hanya sebahagian mampu mencegah amar makruf nahi munkar, maka terlepaslah pada sebahagian yang lain dengan syarat perkara itu terlaksana. Maksud terlaksana adalah sehingga munkar sudah tidak kelihatan secara terang-terangan. Selagi mana munkar Nampak secara terang-terangan, maka ertinya perkara itu masih tidak terlaksana dan wajiblah kepada seluruh orang di qariah itu yang mampu untuk turut sama menjalankannya. Jika di sebabkan oleh kita tidak membantu, maka tak terlaksana dakwah, amar makruf nahi munkar, maka hukumnya haram ke atas kita untuk tidak membantu.
Begitulah serba sedikit yang di huraikan kepada ana oleh abu ana. Maka ingatlah, dakwah bukanlah di letakkan di atas bahu sebahagian orang, tetapi sebahagian sehingga terlaksana dakwah, amar makruf nahi munkar bagi yang berkemampuan. Jika kerana anta tidak mengambbil bahgian menyebabkan munkar berleluasa, maka jawablah anda dengan Allah. Insyaallah, yang baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Insyaallah.

Ish3.. Budak-budak.......


Alhamdulilah, setelah lama ana tidak berkarya, rindu rasanya untuk kembali di dalam bidang pengkaryaan ini. Di sini ana ingin berkongsi sedikit mengenai khutbah jumaat yang ana dengar sebentar tadi. Bagaiman tidak terkilan hati seorang hamba pada tuhannya yang inginka saudara-saudaranya sedar bahawa tempat yang terbaik agi seorang hamba adalah kembali kepada cara yang di berikan oleh tuannya. Teorinya mudah, sama seperti anda membeli sebuah kereta yang tidak di pasang, cara yang terbaik untuk memasangnya adalah dengan mengikut panduan yang di berikan. Jika anda tidak mengikut panduan itu dan memilih untuk mencari panduan yang baru,maka akhirnya apa yang anda jumpa adalh bukan kereta ataupun kereta yang tidak sempurna sifat. Jika berlaku demikian maka janganlah di salahka penjual kereta itu, tetapi salahkanlah diri anda kerana tidak mengikut panduan yang di beri.

Ketika mana kesedaran rakyat Malaysia mula hadir bagi menaikkan kembali hukum Allah, timbul beberapa pelawak yang menunjukkan sikap tidak mahu akan hukum Allah. Seolah-olah seperti seorang kanak-kanak yang sakit gigi, lalu ibunya melarang untuk makan ais krim, lalu dia berceloteh mengeluarkan hujah kanak-kanaknya yang tidak matang menyatakan kehebatan makan ais krim tanpa mengetahui bahawa larangan itu sebenarnya untuk menjaga dirinya jua.

Itulah apa yang di buat oleh pelawak-pelawak tersebut. Oleh kerana mereka tidak faham akan kelebihan hukum Allah, maka mereka berceloteh mengenai undang-undang barat, hak asasi manusia dan segalanya bagi mempertahankan kebatilan yang mereka bawa. Namun,celoteh-celoteh mereka itu di anggap satu hujah yang hebat di kalangan mereka yang inginkan satu hujah bagi melawan hukum Tuhannya. Jadi benarlah kata-kata as syahid Imam Hassan Al Banna " Sesungguhnya kebatilan yang di buat secara terancang mampu mengalahkan kebaikan yang di buat secara tidak terancang".

Jadi marilah kita kembalikepada hukum yang sebenar. Tinggalkanlah yang batil kerana sesungguhnya yang batil tidak akan mampu bertahan dan tidak akan mampu menyaingi kehebatan perkara yang sebenar. Ia hanya mampu berlindung dala penipuan untuk jangka masa yang singkat sahaja. Juga marilah kita bersam-sama berusaha menyedarkan pada kanak-kanak pintar yang berceloteh tentang semua perkara (yang mana bodohlah sesiapa yang mengambil apa yang di sebut itu sebagai rujukan) bahawa celotehannya itu hanya celoteha yang di gunakan sebagai penyeri ketika waktu lapang, bukanlah fakta yang patut di gunakan di dalam perlembagaan.

Ingatilah kata-kata seorang ustaz ana, "apabila kita meminjam, maka haruslah kita menjaga dan memenuhi haknya juga hak tuannya selagi mana kita menggunakan barang tersebut. Inika pula semua pinjaman yang di berikan oleh Allah, maka berhak la bagi kita untuk memenuhi apa yang di suruh. dan ingatlah apa yang di suruh untuk kita perbuat ini tidaklah mendatangkan kelebiha pada Allah melainkan kelebihan itu kembali pada diri kita jua." Sama-sama la kita renungkan.

Dari Mulut ke mulut


Di sini ana ingin meletakkan sedikit cerita buat renungan bersama. Cerita ini ana ambil daripada ruangan forum di friendster.. Semoga kita sama-sama mengambil manfaat dari cerita ini.

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.

Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu..... Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti

jawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak..... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Laluhari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.

Biarpun dia masih didalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya.Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibuapabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitanantara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Palingseronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allahs.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di
lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakaipurdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambillangkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.

Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana Cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.

Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata.

Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.

Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa.

Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.

Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia.

Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat Cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.

Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskanbahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.
Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.

Suamiku gagal!
Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.
"Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.

Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.

"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.
Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung.

Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.

Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir.....

Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita..... Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN
DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya....

Bersyukur dalam kesusahan

“Saya bersyukur kerana dapat melalui kesusahan. Jaranglah saya dapat peluang begini”. Inilah kata-kata yang ana petik daripada sahabat ana daripada UM setelah ana bawa mereka berjalan-jalan di dalam kawasan U ana. Terkejut bercampur terharu. Inilah perasaan yang tidak dapat ana ungkapkan . Terkejut dengan kenyataannya yang seolah-olah dia tidak pernah dirancang atau terancang, telus dan ikhlas dari hatinya. Hanya perasaan terharu dan lidah ana tidak putus mungucapkan syukur.
Bayangkanlah kita yang seringkali mendapat kesusahan sehingga kadang-kala kita tidak menzahirkan kelebihan dari kesusahan itu, sedangkan sahabat ana yang pertama kali merasainya merasa takjub dan bersyukur sebab di beri peluang belajar banyak benda baru di sini. Jadi benarlah kata-kata pepatah melayu, “Ayam di kebuk mati kelaparan, Itik di tasik mati kehausan.” Kita telah di kelilingi dengan nikmat yang beribu-ribu bentuknya yang Allah cuba tunjukkan kepada kita namun mata hati kita yang seringkali mengalahkan penglihatan hati kita terhadap nikmat-Nya.
Ada nikmat yang di paparkan melalui cara kesusahan, ada nikmat yang di paparkan melalui kesenangan. Tetapi kita menutup mata membayangkan tentang nikmat orang yang lain dan menutup mata tentang nikmat kita. Akhirnya jadilah kita iri serta membenci segala apa qada’ dan qadar yang di berikan kepada kita.
Oleh kerana itulah satu puisi di dalam bahasa Arab di buat untuk menggambarkan kehabatan orang beriman. Maksud puisi itu, aku hairan melihat orang beriman, kesenangan itu satu nikmat baginya dan kesusahan itu juga satu nikmat baginya.

Itulah gambaran bagi orang beriman. Selalu bersyukur dengan apa yang di perolehi. Sedangkan kita asyik meminta untuk mendapat yang lebih lagi. Di sini ana letakkan satu tayangan ringkas untuk kita semua saksikan dan ambil pengajaran darinya.




Adakah sifat-sifat ini ada pada anta. Fikirkan....

Kita hebat ke??


‘Awak semua tidak patut menyatakan yang awak tidak tahu tentang semua perkara sedangkan ada internet di sisi anda.’ Beginilah salah satu amanat yang di beri oleh salah seorang pensyarah ana dengan menggambarkan Wikipedia itu sebagai salah satu cara yang termudah untuk mendapatkan ilmu.
Teringat ana pada percakapan salah seorang sahabat ana pada suatu kepada ana, ‘kita sekarang ini lebih hebat daripada imam-imam terdahulu kerana kita menguasai ilmu. Cuba kita lihat, kalau kita tak tahu apa-apa, maka tanya jer pada encik google dengan mak cik yahoo, maka dapat la jawapannya.’.
Maka hari ini ana ingin mengingatkan pada yang mana terlupa akibat kealpaannya bahawa apa ayng antum semua fikir tentang kehebatan internet yang antum cipta yang kelebihannya seolah-olah melebihi kehebatan pusat ilmu Baghdad yang di tempatnya penuh dengan buku-buku sama ada dari bahasa greek, bahasa yunani dan bahasa arab sendiri.
Kebenarannya antum terpesona dengan tipu daya yang mana ada terselit sedikit kebenaran untuk membersihkan tipu itu. Jadi benarlah kata-kata imam Hassan al-Banna, kejahatan yang di buat secara terancang mampu memenangi kebenaran yang di buat secara tidak terancang. Itulah sebenarnya Internet. Penuh dengan dakyah-dakyah dan imej palsu islam yang di lontarkan di dalamnya. Tiba- tiba pada hari ini kita menjadikan seolah-olah ianya Tok Guru dalam Tok Guru. Seolah ahli nujum yang mampu menjawab segala benda yang kita tanyai. Apa yang kena dengan pemikiran kita, kita panggilnya benar sedangkan ianya hanyalah dakyah yang di seliputi dengan plastik kebenaran.
Jadi hari ini, saya ingin membuka mata-mata yang memikirkan kita hebat itu, ketahuilah kita sebenarnya langsung tidak hebat malahan ilmu yang kita dapat sekarang kebanyakannya ilmu yang nampak seolah-oah benar, tetapi palsu semata-mata. Internet adalah tempat percampuran di antara hak dan batil. Jadi usahlah anda percaya bulat-bulat akan apa yang di beritahu di dalam internet.
Kembalilah kita pada corak pengajian lama. Biar lambat asalkan selamat antum sampai ke destinasi yang ingin di tujui.

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian