Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Nasib dua wartawan, enam sukarelawan belum di ketahui


Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam semalam ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.

- Bernama

#di harapkan semua umat islam dapat sembahyang hajat dan mendoakan keselamatan juga kelancaran perjalanan konvo ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian