"Siapa yang nak duit ini angkat tangan". Maka ramai la pelajar-pelajar mengangkat tangan. Di ulang lagi ayat yang sama kepada semua pelajar sebanyak 3 kali dan hasilnya meriah, semua angkat tangan nak minta duit seringgit. Biasalah, budak-budak. Seringgit itu seolah-olah aset bernilai sejuta pada mereka. Banyak makanan yang boleh di beli. Gula-gula penghias gigi rongak tu dah dapat 20 tu. Kemudian bangunnya seorang perempuan datang mengambil duit itu. Nah, terlopong kita. Hilang duit itu begitu sahaja. Apa yang di beritahu oleh penceramah ketika itu, kita kalau hanya bercakap, tetapi tiada usaha untuk membuatnya, maka kita ini tidak akan memberi sebarang kelebihan. Tetapi bagi ana, apa yang ana dapat adalah kita ini bersemangat tetapi tak ada semangat.
Inilah masaalah yang menimpa kita di zaman pasca moden ini. Idea yang banyak yang ada pada kita, namun apabila kita berbincang tentang menjalankannya, masing-masing berlepas tangan. Jadi mungkin patut ana tuliskan di sini, jika begini lah perangai umat islam, maka kita tidak akan jatuh di sebabkan kurang idea, tetapi lebih idea kurang usaha, itulah masaalahnya yang kita hadapi sekarang. Mana tidaknya, apabila kita berbincang mengenai idea, maka kumpulkanlah saja beberapa orang, maka 1001 idea bernas yang akan keluar. Tetapi kumpulkan 100 orang untuk melaksanakannya, maka ana dapat rasakan sebahagian darinya akan menolak pada sebahagian yang lain. Sebahagian lagi dari separuh itu akan buat kerja tak habis, sebahagian lagi dari bilangan yang tinggal akan membuat kerja sambil lewa dan sebahagian yang tinggal akan merasakan merekalah yang paling banyak membuat kerja lalu mereka membuat kerja sambil lewa. Ketika itu ikhlas bukan lagi satu medium yang akan di perbahaskan. Yang mereka akan sebut, janji siap lalu hasilnya mengecewakan. Apabila di bawa pemikirannya dengan bertanya ikhlaskah anda, maka jawapan yang biasa "Ahh, kamu tak rasa tak apa lah".
Penyakit kita umat islam pasca moden.
Maka di manakah boleh kita mengharapkan jika beginilah hasil-hasil yang kita perolehi. Saidina Umar pernah berkata "Jika kamu mahu melihat generasi yang akan datang, maka lihatlah generasi muda pada hari ini." Beban yang kita galas tidaklah berat jika kita bersama-sama. Itu yang ana pegangkan. Maka apabila sebahagian dari kita gemar melontarkan kata-kata atau idea yang bernas namun tidak mahu membantu atau menggerakkan jalan kerja ibadah samada ibadah ummumiah atau ibadah khususiah, maka kita samalah seperti menanam tebu di bibir mulut. Renungilah hadis ini wahai akhi dan ukhti sekalian.
Dari sahl bin saad assaidi r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu di suatu masa di mana para ulama' sudah tidak di ikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak di segani lagi. Hati mereka seperti hati orang ajam(pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang arab (pada fasihnya).
Pintu Mesir dibuka kepada Palestin
12 years ago
0 comments:
Post a Comment