Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Selamat berpasar malam..

Pelik bunyinya, tapi inilah hakikatnya. Bagi warga kl @ bukan warga kl yang menyambut tahun baru pada malam ini di tempat-tempat yang best best, selamat berpasar malam ana ucapkan. Ianya termasuk dengan ana yang pergi nak tengok bunga api di kl. Katanya besar bunga api tu. Tapi tak sempat juga ana nak tengok. Lambat sangat nak start.
Maka yang dapat ana tengok dan tonton pada malam ni gelagat peniaga pasar malam. Sedikit je yang jual makanan, kebanyakannya menjual alat mainan. Ada yang bercahaya, ada yang boleh keluarkan hon dan macam-macam lagi. Tapi yang anehnya pembelinya bukan budak-budak.. Akak akak dengan abang abang budak yang membelinya. Jadi dapat yang saya simpulkan, sambutan tahun baru malam ini merupakan sambutan pasar malam. Ada yang jual maruah, ada yang jual agama dan ada yang jual peribadinya.
Sedang saya melihat gelagat manusia, lalu berkumpullah satu golongan yang memakai jibab@ tudung labuh. Membuat misi untuk membetulkan balik pemikiran yang tak betul. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai golongan yang berjaya di dalam ayat
'Dan hendaklah sebahagian dari kamu mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah pada munkar. Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berjaya'
Bagi kumpulan ini, tahniah ana ucapkan. Antum pewaris para nabi. Menyampaikan yang haq kepada mereka yang tidak tahu. Jadi ucapan ana kepada yang membaca blog ana, selamat menyambut gerhana bulan.

Jom berlawan game


Ha... Mari-mari semua. Kitorang akan adakan game. Tempatnya di seluruh negara. Tajuk game tu 'sape yang paling pelik'. Itulah sedikit sebanyak dialog di kota raya. Mungkin tidak terucap oleh golongan-golongan yang menzahirkan dirinya Islam tetapi dalam dirinya penuh dengan kekotoran yang terlekat di hati-hati mereka. Game ini merupakan game yang paling kerap di mainkan di kota raya dan sekarang sudah mula memasuki kampung-kampung yang konon-kononnya memiliki gadis yang naif.

Sebab itulah di kota raya tak hairan kalau seorang mak datin mewarnakan rambut dengan warna pelangi tetapi hairannya kalau seorang wanita yang memakai tudung labuh. Tak hairan kalau seorang gadis muda bercakap 'bro, jom lepak kat hypermarket kat rumah gua' tetapi akan jadi hairan kalau seorang wanita memakai purdah tidak menjawab apabila di tanya namanya saper...

Itulah yang abang ana sebutkan sebagai pertandingan di kota raya. Siapa yang paling pelik akan menang dan siapa yang tak pelik akan di anggap bodoh kerana tidak menyertai pertandingan ini. Kerana itu ingatlah bahawasanya mereka menyangka mereka menipu Allah sedangkan yang mereka tipu itu sebenarnya diri mereka sendiri.

Saya ambil satu dialog dari cerita 'anak kelantan'. "Betul apabila kita masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Tetapi jika ramai harimau masuk kandang kambing yang hanya ada seekor kambing, patutkah kambing itu mengembek." Bagi saya kambing itu patut mengembek kerana jika ia cuba mengaum, ia tidak akan menipu harimau itu, tetapi dia hanya menipu kambing-kambing lain yang cuba menyelamatkannya. Akhirnya dia sendiri termakan tipu itu lalu menjadi hidangan harimau yang ganas lagi buas.

Bagi wanita-wanita sejati yang memegang dan menggenggam mahkota bernama kewanitaan dalam Islam yang di minta oleh Islam, genggamlah erat mahkota itu dan janganlah anda cuba berlagak berani dengan berseorangan di tengah-tengah ladang harimau kerana anda tidak mengundang yang lain melainkan binasa kepad diri anda. Dan ingatlah kambing yang akan serigala makan adalah kambing yang terkeluar dari kelompoknya.

Jadi ingatlah promosi ini jika anda ingin menjadi ahli neraka. Sertailah game siapa yang paling pelik.









Sedikit gambar dari program



Baru-baru ini ana telah menjadi fesi di Program Pondok Musim Cuti. Alhamdulillah, banyak yang ana belajar. Rupanya benar la kata-kata kita haruslah tawadhu' pada ilmu. Sesuatu yang tak pernah ana bayangkan bahawa kanak-kanak mampu mengajar ana banyak perkara. Terlalu banyak yang ada di sana yang ingin di kongsikan sehinggakan ana sendiri tidak mampu menulisnya. Jadi tentang apa yang ana belajar di sana insyaallah ana akan kongsikan di lain kali.

Cuma ana akan buat sedikit rumusan dari perjalanan program di sana. Pada hari pertama ana menjejakkan kaki di besut, ana masih lagi tidak tahu tentang program ini. Tiba-tiba ana di ambil secara tidak rasmi oleh abang ana, al maklumla program keluarga. Abang ana, Abang Fahmi memberikan kepercayaan kepada ana untuk menguruskan bahagiann game dan permainan. Jadi dengan muka budak ini( kata adik ana, Ijoh muka tak matured) ana berusaha untuk menyempurnakan setiap permainan yang ada.

Maka di usulkanlah satu persatu apa yang perlu ana buat. Dan jawapan ana berikan pada Abang Fahmi simple tapi mendalam. "Ok, Faham.." Setelah itu di amanahkan untuk menerangkan pada abang ana yang satu lagi, Abang Qori. Oleh sebab ana tak pandai bab explain, ana bagi kertas jadual dan cakap "ikut jer esok kot". Jawapan simple lagi. Tapi abang ana tak faham pun nak ikut apa. Last-last abang fahmi terangkan balik.

Esoknya pelajar yang datang 30 orang. Dalam hati ana, alamak sudah.. Duit makanan tak banyak ni. Tapi nak di jadikan takdir, berlakulah asbab yang mana ramai orang yang memberikan sumbangan. Rezeki budak la tu. Jadi betullah selama ni janji Allah untuk membantu orang yang membantu agamanya. Jadi tugas ana sebagai pengurus game bermula. Hari pertama ana bermain ujian pendengaran.

Malam tu kami semua membuat perjumpaan dan dari perjumpaan itu di putuskan untuk mengambil seorang lagi fesi. Dan untuk hari kedua bermulalah perjalanan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu melalui kitab fekah, tasawwuf dan tauhid. Pada masa itu barulah pembahagian tugas yang sebenar bermula. Dan dari sehari ke sehari bilangan kanak-kanak semakin bertambah.

Seterusnya seperti hari yang lain, minggu itu perjalanan program lancar dengan sempurna. Pada
hari pertama di minggu ke dua, penceramah ketika itu tidak dapat hadir. Kesemua penceramah telah ke Melaka di sebabkan urusan keluarga. Maka sekali lagi terpaksa di buat perjumpaan. Perjumpaan kali ini terpaksa di lakukan dengan lama untuk mebincangkan program 2 hari. Jadi perbincangan terpaksa di tamatkan pada lewat malam.

Jadi setelah di bincangkan, maka di persetujui bahawa keesokannya kita akan bermain game. Jadi awal-awal kitorang bermain binaan hidayah.

Lagu Pondok Musim Cuti




Di sini kami berkumpul
Sama dalam pondok musim cuti,
Kami belajar membaca menulis,
Semoga Allah berkati

Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta,
Mesti di cari walau di mana,
Kuatkan azam terus berusaha.

Iman pula penting sekali,
Pengubat jiwa penawar duka,
Pembina rohani akhlak mulia,
Mari kita suburkannya.



Anak yang solah jiwanya besar,
Menjauhi perkara munkar,
Berkorban berjuang walaupun sukar,
Demi agama sanggup berkorban

SELOKA PROGRAM PONDOK MUSIM CUTI



Lama ku nanti tak kunjung tiba,
Diharap Cuma 20 peserta,
10 bani dan banat juga,
Cukuplah untuk mencapai tujuannya.

Hari pertama berlalulah ia,
Bilangan peserta 30 sahaja,
Dalam kepala, dah peningla..
Bermain permainan dan mengaji juga,
Kitab feqah tauhid di pelajarinya,
Tak lupa tasawwuf juga.

Segala pengajian bermulalah ia,
Fesi-fesi pun dah ambil tempat semuanya,
Tengokla juga siapa nak di perkena,
Silap orang badan binasa.

Ketua fesi Abg Fahmi namanya,
Di bantu Jundiy, burhan, qori, ngah pun ada,
Di tambah Asyraf di hari kedua,
Tak lupa ijoh dan sakinah fesi la juga.

Hari pertama baca kitab la mulanya,
Tapi hanya kitab fekah sahaja,
Lepas tu bermain permainan pula,
Time tu sebenarnya budak mengantuk sahaja.

Syafiq di sini 3 orangnya,
Yang pertama kecil, hensem budaknya,
Dalam kelakuan baiklah juga,
Rupanya penakut juga dia.

Syafiq ke dua besar orangnya,
Golongan ahli 3 bersaudara,
Bab nakal memanglah dia,
Tapi insyaallah berubah juga.

Adik si syafiq hebat orangnya,
Suka bergaduh rebutkan kuasa,
Yang kecil chief angkatan tentera,
Yang besar ketua kumpulan lima.

Ni perihal Amir yang kesian,
Adak ke patut di gelar pondan,
Pondan tidak tapi lembut sikit tak di nafikan,
Calon menantu orang beriman.

Si asif pula kecil orangnya,
Tapi bab tak dengar cakap ni la kepalanya,
Guraunya banyak menyampah pun ada,
Pengubat suasana yang yang senyap sahaja.

Bedol pula lain cternya,
Menjadi impian banat di belakang,
Kuat membaca pada malamnya,
Tapi playboynya bukan kepalang.

Idham pula special case je,
Bukan tak nak rotan tapi kita sabar je,
Kalau di rotan menangis la pule,
Last-last biar je.

Aiman pula baik orangnya,
Pelajar pilihan fesi kebanyakannya,
Timbalah ilmu dengan sebaiknya,
Jangan di guris harapan yang ada.

Ada juga budak ting tiga,
Hai.. Ni awal-awal tak dengar kata,
Program ni untuk sekolah rendah saja,
Yang masuk juga kenapa???

Abe dengan ayub harapan awalnya,
Almaklumla sepupu kita juga,
Tapi last-last dia bising juga,
Kena marah di Ustaz Aziz padan muka.


Adik beradik saya pun ada,
Tapi yang masuk program perempuan sahaja,
Maton, Kalsom, anisah juga,
Pening kepala kak joh mikirnya.

Masuk giliran huri la pula,
Balik lewat kena handle la pula,
Bukan main gabra lagi dia,
Tapi bila handle ok la juga,

Yang kesiannya burhan la juga,
Dah la kita tak dengar cakap dia,
bangkang la pula,
Itula adat ketika berbicara,
Bukan bangkang marah pun tiada,
Cuma nak ajar menjadi yang berguna.

Ijoh pula garang juga,
Hui.. X sangka adik aku ni ker,
Time marah ada lagi senyumnya,
Kalau tak dapat tahan suka la sajer..

Asyraf pula senyap orangnya,
Main petang dia la ketuanya,
Tapi makanan semua tersedia,
Dia dan burhan berkorban buatnya.

Sakinah pula tak banyak cakap orangnya,
Tapi tak sangka apa yang kita suruh budak semua di buatnya,
Insyaallah banyak di pelajarinya,
Buat bekalan buat hidupnya.

Abg Fahmi ketua fesi kesemuanya,
Asyik ingatkan ikhlas la ketuanya,
Kalau tidak apa di buat tak berguna,
Semua pekerjaan itulah ketuanya.

Abang Qori juga salah satu fesinya,
Berbincang hal adab dia la ketuanya,
Banyak program sudh di buatnya,
Termasuklah program ini juga.

Ngah pula ketua displin,
Tapi dia lembut orangnya,
Jaga semua adab yang penting,
Hai, kena la jadi garang pula.

Inilah sedikit seloka yang dapat di gambarkan ketika program berlangsung… Di harap kalau ada yang terasa minta maaf. Ianya sekadar gurauan untuk ingatan kita bersama. Jadi ingat, awak tak suka saya serius…

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian