Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Showing posts with label Islam dan sains. Show all posts
Showing posts with label Islam dan sains. Show all posts

Ingatan untuk ahli sains..

Jika di tanya pada ahli sains, mengapa wujudnya H1N1, mengapa objek jatuh, mengapa itu, mengapa ini, pasti yang di jawabnya tidak lebih mengenai perkiraan ini berlaku kerana begini, begitu dan begini lalu muncullah begini. Ianya tidak lebih dari perkiraan oleh sebab ini maka kesannya begini. Jadi kali ini ana ingin menulis mengenai perkiraan sebab dan akibat..

Katanya guru ana kepada ana, sebab dan akibat adalah sesuatu yang berbeza, cuma Allah ciptakan ianya berlaku secara berulang-ulang supaya manusia dapat mempelajari sesuatu darinya. Katanya seorang ustaz apabila di ajukan soalan yang sama, imam al ghazali pernah menyatakan usahlah di buka ilmu tentang tabii (ilmu sains) kepada orang yang belum kukuh usuluddinnya(tauhid) kerana tauhid adalah akar kepada agama, sedangkan sains bermain dengan perkiraan 'relation without god in it'.

Yang dimaksudkan 'relation without god in it' adalah mengenai hubungan antara sebab dan akibat tanpa kita meletakkan posisi ketuhanan dalam permasaalahan ini. Contohnya apbila di tanya apa yang menyebabkan kenyang, maka pasti jawapan ahli sains adalah makan. Sebenarnya makan bukanlah penyebab kepada kekenyangan, tetapi Allah yang memberi kenyang itu. Mengenai faktor ini, ana memuji golongan tabligh yang mengingatkan tentang prinsip 'double reaction' ini. Apabila kita makan dan kenyang, ia adalah 2 perkara yang tidak bersangkut paut. Namun ia terjadi secara sebelah menyebelah. Berapa ramai orang yang makan namun tak merasa kenyang dan yang tak makan namun kenyang. Jadi tidaklah boleh kita melabelkan kedua-dua nya sebagai satu benda yang sama hanya kerana ia terjadi serentak.

Satu cerita, ali sedang berjalan-jalan dalam hypermarket. Apabila ia melalui satu lif, lalu lif itu terbuka. Kemudian dia teruskan perjalanannya. Sekali lagi apabila ia melalui lif, lif terbuka. Adakah kita dapat membuat kesimpulan jika ali mendekati lif, lif akan terbuka. Tentulah tidak kerana kejadian ali melalui lif dan lif terbuka tiada kena mengena sama sekali. Malahan ianya hanyalah satu kejadian yang berlaku sebelah menyebelah. Dan katanya ustaz ana sesiapa yang percaya pada konsep oleh sebab ini, wajiblah berlaku begini, maka dia harus cepat bertaubat kembali kerana ia mampu membawa kepada kafir. Oleh sebab itu di ingatkan kepada setiap ahli sains yang mana masih lagi mahu memelihara maruah agamanya, pasak kan lah akar akidah anda supaya tak tergoyah dalam mempelajari ilmu tabi'i ini..

akhir kata, ana ingin mengucapakan selamat hari raya kepada semua yang melhat bolg ana. Ampun maaf di pinta

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian