Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Teori Darwinisme. Isi dan perbincangannya..


Hukum evolusi menyatakan bahawa seluruh alam ini bermula dengan kehidupan ringkas ‘unicell’ yang mana tiada apabila masa berganti masa, maka unicell ini mula berubah ke arah yang lebih baik di sebabkan faktor kebetulan (sufdah) atau kehendak semasa (dharurah) dalam keadaan yang berkuasa akan menang. (The best win)
Di bawah ini di bentangkan setengah dari hujah-hujah yang membanteraskan teori darwinisme.
1. Andaikata teori evolusi ini terus-menerus terpakai dan berjalan pada setiap benda, maka dari apakah pula binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan unta menrurut teori evolusi itu? Begitu juga dengan binatang-binatang yang lain. Dari manakah asalnya.
2. Mengapa kera/beruk yang asal masih tinggal sedangkan binatang berbentuk pertengahan antara beruk dan manusia itu di katakan meningkat mengikut hukum evolusi? Kalaulah teori yang mengatakan bahawa yang kuat akan menang dan yang lemah akan kalah, maka sudah semestinya kera/beruk yang akan mengalami kekalahan paling awal di sebabkan kedudukannya yang berada di tempat yang paling bawah di dalam hiraki.
Jadi bagi memahamkan pula dalil mengenai kesalahan atau penipuan darwinisme, elok di fahamkan dari ayat ke ayat. Pertama, di katakan bahawa setiap hidupan bernyawa itu datangnya daripada binatang satu cell (yakni di katakan datang dari sel paling ringkas) dan berubah ke arah yang lebih baik dengan sendirinya. Maka bolehkah kita fikirkan dengan logik akal manusia bahawasanya sesuatu akan berubah dengan kehendaknya tanpa ada yang membuatnya. Di ibaratkan sebagai anda memiliki sebuah kilang percetakan. Pada suatu hari, berlaku gempa bumi di tempat anda. Lalu kertas-kertas berterbangan dantempat dakwat mulai pecah. Lalu memercik dakwat ke seluruh tempat bangunan dan kertas-kertas yang berterbangan. Lalu kertas itu jatuh sehelai demi sehelai dan membentuk sebuah kitab yang di gunakan secara meluas pada hari ini. Tentu anda menyatakan tidak mungkin akan terjadi sebegitu melainkan pasti ada yang membuatnya.
Maka tidak mungkin tidak, hanya akan keluar 3 sebab sahaja untuk menerangkan perkara ini.
1) Allah lah yang telah membuat semua perkara yang terjadi pada hari ini
2) Makhluk itu sendiri yang berfikir dan menggabungkan diri mengikut kerelaan hatinya.
3) Segala perkara itu terjadi tanpa di rancang.
Di dalam perbahasan pertama tadi kita tahu bahawasanya perkara ke 3 tidak muingkin berlaku atas sebab-sebab di atas. Kemungkinan ke dua juga tidak mungkin berlaku kerana apabila kita membenarkan kemungkinan ke dua, bererti kita membenarkan bahawa semua makhluk berfikir dan ia memberikan satu sifat berfikir pada makhluk dan itu sememangnya tidak mungkin berlaku. Jadi akhirnya tiadalah yang lain yang dapat kita fikirkan melainkan Allah lah yang membuat semua ini dan termaktublah bahwa teori Darwin itu sememangnya teramat salah.

Biasa itu benar??????


“kak, pakaian macam ni tak boleh di pakai kak.. Ustazah adik kata macam ni dosa.” Tanya adik kecil yang petah percakapannya kepada kakaknya. Lalu di jawab kakaknya, “dik, pakaian macam ni dah biasa la sekarang. Ikut trend, ranggi dan bergaya.”
Beginilah serba sedikit percakapan yang kita boleh Nampak berlaku di kalangan masyarakat zaman sekarang. Hairan si adik, tidak di ajar oleh ustazahnya mengenai trend semasa. Jadi kesimpulan yang di buat, “ooo…. Tu namanya trend ea. Di dahulukan daripada apa yang agama suruh..” Satu kesimpulan yang salah oleh kerana kejahilan si akak untuk menegakkan trend dunia.
Bagaimana si akak tadi boleh terjerumus ke dalam kancah begini sedangkan semua pelajar-pelajar di Malaysia ini telah di ajar mengenai Islam sejak umurnya darjah satu di sekolah. Ini tidaklah termasuk dengan anak-anak ustaz, ulama’ dan anak-anak orang awam yang faham akan kehendak dan keperluan menjaga serta menerapkan agama di dalam jiwa anaknya. Sudah pastilah dia akan memberi didikan kepada anaknya ketika masih kecil. Persoalannya mengapa wujudnya si akak seperti yang di ceritakan tadi. Bukan seorang atau dua, malahan mungkin mencecah berjuta-juta di dunia ini.
Jangan terkejut jika ana katakan pelajar aliran agama juga kadang-kadang tertewas dengan persoalan ini. “Benarkah apa yang mereka buat itu salah. Jika salah kenapa ramai orang mengikutinya.” Akhirnya jawapan yang akan di beri ketika mereka membuat maksiat “ahh… Ini perkara biasa lah.”. Biasa yang benar. Adakah itu yang sepatutnya kita ucapkan. Apabila isu pemakaian yang tidak sempurna menjadi tunjang perdebatan, lalu mereka berkata, itu perkara biasa. Lalu di jenamakan kebatilan itu dan di upgradekan biasa itu menjadi perkataan fesyen kontemperori. Apabila di campakkan fesyen itu ke lautan pemudi-pemudi Islam, di berilah nama busana Muslimah (Bukan semua busana muslmah yang salah. Tapi kebiasaannya banyak yang salah. Antum rujuklah kembali bagaimana pemakaian mengikut Islam sebenar kepada ustazah yang arif).
Hah.. Cukup gah nama itu. Maka semakin lah menjadi kebiasaan bagi pemakaian yang mengikut trend. Tetapi adakah biasa itu benar. Jika semua orang menjadi pencuri di Malaysia, adakah antum akan menyatakan yang mencuri itu benar. Sudah pastinya tidak. Bukankah perkara ini sama dengan konsep pemakaian itu tadi. Mengapa masih wujud golongan cerdik pandai yang menafikan perkara ini lalu membenarkan kebatilan berleluasa atas tiket perkara itu sudah biasa.
Bukan tugas kita semua untuk memberikan penjenamaan semula kepada perkara-perkara batil agar kebatilan itu tidak nampak batilnya. Tetapi kita haruslah berusaha untuk bersama-sama memahamkan pada yang masih tidak faham tentang konsep ini bahawa batil bukanlah permainan, yang boleh di ubah ketika kita mahukannya. Tetapi hukum Allah yang mana tidak kisahlah sebiasa mana ia berlaku, jangan kita letakkan walaupun sedikit di dalam hati kita bahawa yang biasa itu benar. Kerana ingatlah, sesungguhnya yang benar jika bercampur dengan perkara batil pastinya ia akan menjadi batil.
Sama-sama la kita renungkannya

Dakwah dan perbincangannya..




103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(Al imran:103)

Dan ingatlah ketika mana di waktu kita bercerai berai pada suatu ketika dahulu, lalu Allah menaut hati beberapa golongan hambanya di bawah naungan ad din yang di berkatinya, lalu muncullah satu golongan yang cuba mempertahankan ad din tersebut dan ada juga yanhg menolak untuk mempertahankan ad din tersebut. Di dalam bilangan yang kecil untuk mencapai ad din tersebut, berpecahlah ia lagi mengikut cara masing-masing. Hari ini ana tidak berniat bagi menceritakan mengenai gaya-gaya tersebut. Cukuplah bagi ana jika mereka membantu bagi meletakkan Islam di tempat teratas dalam segala aspek. Cuma ana ingin berkongsi dengan semua mengenai syarah ayat al-imran ayat 104 yang di syarah oleh abu ana kepada ana.

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.(Al imran:104)

Ayat ini banyak di gunakan oleh ustaz-ustaz bagi menerangkan mengenai hokum seruan dakwah. Di dalam ayat ini, terdapat tiga seruan yang berasingan iaitu menyeru kepada kebaikan, mengajak kepada makruf serta melarang pada yang munkar. Juga di sebutkan di dalam ayat ini mereka yang melakukan kesemua yang di tulis adalah golongan yang Berjaya. Percayalah, janji manusia kemungkinan boleh di mungkiri, namun apabila Allah meletakkan janjinya, Dia tidak pernah akan khianati janji tersebut. Menyeru kepada kebaikan(dakwah) bererti kita mengajak bagi orang yang bukan beragama Islam untuk menerima Islam samaada daripada perbuatan yang jelas nampak atau yang tidak jelas nampak(secara kias atau menunjukkan pebuatan baik atau semua sekali yang mampu membuka hati orang bukan Islam kepada Islam tetapi hendaklah dengan kerelaan hatinya) manakala mengajak kepada makruf bermaksud mengajak seseorang untuk berbuat pahala samaada perbuatan itu perbuatan wajib, sunat, harus dan melarang pada munkar bererti melarang seseorang dari mebuat perkara dosa (yakni haram). Ketiga-tiga ini adalah perintah yang mana wajib bagi seorang muslim yang mampu berbuatnya untuk membuatnya. Tetapi tidak boleh bagi kita memilih salah satu daripada tiga itu kerana ketiga-tiga itu merupakan perintah-perintah yang berbeza. Membuat hanya sebahagian daripadanya sahaja menunjukkan yang mereka melakukan perkara itu tidak secara keseluruhan dan tidak sempurna cara itu. Bagi yang belajar bahasa arab, perkataan ‘kum’ itu di gabungkan dengan perkataan ‘min’ iaitu sebahagian yang member hukum pada perbuatan ini sebagai fardu kifayah.
Oleeh sebab mereka salah faham akan maksud fardu kifayah, jadi mereka memilih untuk tidak bersama-sama dalam menjalankan perkara tersebut. Adapun makna fardu kifayah adalah kewajipan yang wajib di laksanakan oleh sebhagian, maka jika ia terlaksana, jatuhlah perintah wajib atas sebahagian yang lain di dalam qariah tersebut. Contohnya begini, fardhu kifayah untuk kita melaksanakan solat jenazah dan solat berjemaah. Bagi solat jenazah, maka seorang sudah memadai untuk melaksanakannya, namun bagi solat jemaah, seorang tidak mampu untuk melaksanakannya. Dua orang atau lebih barulah mampu melaksanakan perintah tersebut. Maka wajiblah bagi dua orang dalam kawasan itu menjalankan solat jemaah dan terlepas penduduk di qariah tersebut. Tetapi bagi dakwah serat amar makruf nahi munkar, jika hanya sebahagian mampu mencegah amar makruf nahi munkar, maka terlepaslah pada sebahagian yang lain dengan syarat perkara itu terlaksana. Maksud terlaksana adalah sehingga munkar sudah tidak kelihatan secara terang-terangan. Selagi mana munkar Nampak secara terang-terangan, maka ertinya perkara itu masih tidak terlaksana dan wajiblah kepada seluruh orang di qariah itu yang mampu untuk turut sama menjalankannya. Jika di sebabkan oleh kita tidak membantu, maka tak terlaksana dakwah, amar makruf nahi munkar, maka hukumnya haram ke atas kita untuk tidak membantu.
Begitulah serba sedikit yang di huraikan kepada ana oleh abu ana. Maka ingatlah, dakwah bukanlah di letakkan di atas bahu sebahagian orang, tetapi sebahagian sehingga terlaksana dakwah, amar makruf nahi munkar bagi yang berkemampuan. Jika kerana anta tidak mengambbil bahgian menyebabkan munkar berleluasa, maka jawablah anda dengan Allah. Insyaallah, yang baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Insyaallah.

Ish3.. Budak-budak.......


Alhamdulilah, setelah lama ana tidak berkarya, rindu rasanya untuk kembali di dalam bidang pengkaryaan ini. Di sini ana ingin berkongsi sedikit mengenai khutbah jumaat yang ana dengar sebentar tadi. Bagaiman tidak terkilan hati seorang hamba pada tuhannya yang inginka saudara-saudaranya sedar bahawa tempat yang terbaik agi seorang hamba adalah kembali kepada cara yang di berikan oleh tuannya. Teorinya mudah, sama seperti anda membeli sebuah kereta yang tidak di pasang, cara yang terbaik untuk memasangnya adalah dengan mengikut panduan yang di berikan. Jika anda tidak mengikut panduan itu dan memilih untuk mencari panduan yang baru,maka akhirnya apa yang anda jumpa adalh bukan kereta ataupun kereta yang tidak sempurna sifat. Jika berlaku demikian maka janganlah di salahka penjual kereta itu, tetapi salahkanlah diri anda kerana tidak mengikut panduan yang di beri.

Ketika mana kesedaran rakyat Malaysia mula hadir bagi menaikkan kembali hukum Allah, timbul beberapa pelawak yang menunjukkan sikap tidak mahu akan hukum Allah. Seolah-olah seperti seorang kanak-kanak yang sakit gigi, lalu ibunya melarang untuk makan ais krim, lalu dia berceloteh mengeluarkan hujah kanak-kanaknya yang tidak matang menyatakan kehebatan makan ais krim tanpa mengetahui bahawa larangan itu sebenarnya untuk menjaga dirinya jua.

Itulah apa yang di buat oleh pelawak-pelawak tersebut. Oleh kerana mereka tidak faham akan kelebihan hukum Allah, maka mereka berceloteh mengenai undang-undang barat, hak asasi manusia dan segalanya bagi mempertahankan kebatilan yang mereka bawa. Namun,celoteh-celoteh mereka itu di anggap satu hujah yang hebat di kalangan mereka yang inginkan satu hujah bagi melawan hukum Tuhannya. Jadi benarlah kata-kata as syahid Imam Hassan Al Banna " Sesungguhnya kebatilan yang di buat secara terancang mampu mengalahkan kebaikan yang di buat secara tidak terancang".

Jadi marilah kita kembalikepada hukum yang sebenar. Tinggalkanlah yang batil kerana sesungguhnya yang batil tidak akan mampu bertahan dan tidak akan mampu menyaingi kehebatan perkara yang sebenar. Ia hanya mampu berlindung dala penipuan untuk jangka masa yang singkat sahaja. Juga marilah kita bersam-sama berusaha menyedarkan pada kanak-kanak pintar yang berceloteh tentang semua perkara (yang mana bodohlah sesiapa yang mengambil apa yang di sebut itu sebagai rujukan) bahawa celotehannya itu hanya celoteha yang di gunakan sebagai penyeri ketika waktu lapang, bukanlah fakta yang patut di gunakan di dalam perlembagaan.

Ingatilah kata-kata seorang ustaz ana, "apabila kita meminjam, maka haruslah kita menjaga dan memenuhi haknya juga hak tuannya selagi mana kita menggunakan barang tersebut. Inika pula semua pinjaman yang di berikan oleh Allah, maka berhak la bagi kita untuk memenuhi apa yang di suruh. dan ingatlah apa yang di suruh untuk kita perbuat ini tidaklah mendatangkan kelebiha pada Allah melainkan kelebihan itu kembali pada diri kita jua." Sama-sama la kita renungkan.

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian