Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Geng -pengembaraan bermula-

Masih ingatkah lagi kita movie ini yang menarik minat ramai kanak-kanak di asia tenggara dengan telatah upin dan ipin bersama dengan keluarganya. Jadi hari ini ana ingin bawa satu pengalaman yang lebih kurang sama dengan kisah ini, cuma bezanya ini adalah pengalaman di dunia realiti. Bukan kisah geng ini yang ana maksudkan, tetapi kisah pengalaman ana bersama ahli keluarga ana yang lain di air terjun lata belata.

Pada awalnya mengikut plan asal, kami semua hanya akan berada di sana dalam tempoh seketika. Namun alang-alang dah sampai, jadi, abu ana merangkap pengerusi kumpulan jalan-jalan sdn bhd (sjer jer, bukan syarikat betul) ingin meneruskan perjalanan kami dengan mendaki 7 tingkat air terjun di sana. Dalam masa yang sama, keluarga ana sedang memikirkan modul-modul untuk di jalankan bagi program kem musim cuti ini. Maka terfikirlah modul yang paling baik untuk mendaki air terjun ini adalah dari kitab Minhajul abidin mengenai tujuh tingkatan menuju makriftullah. Jadi kiranya dah ada satu la modul yang di selitkan di sini.

(solat atas batu, sakit juga tu...) (apa yang antum lihat dari pokok ini..)

Kemudian kami di minta untuk solat sunat dhuha sebelum memulakan perjalanan. Aduihh, dah la masjid tak ada. Kemudian kena solat plak, fikir aku time tu. Kami di ajar cara untuk mengambil wudhu' dengan cara menyelam. Dan selesai solat sunat kami meneruskan perjalanan kami. Pada awalnya di khabarkan perjalanan kami hanya mengambil masa setengah jam. Namun, mungkin kerana Allah ingin menguji serta memberikan pengalaman berguna kepada kami, perjalanan yang pada awalnya setengah jam berubah menjadi 2 jam. Mau letih badan ni. Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke tingkatan yang pertama dan kami di ceritakan serba sedikit mengenai modul yang kami bakal bawa. Tapi modul ni masih lagi tak tetap. Kemungkinan bakal berubah.

Selepas sampai ke tingkat ke 5, kami di beri peluang untuk merasai keindahan alam, dengan kata lain, mandi air terjun.

selesai mandi, abu ana mensyarahkan kitab tafsir al munir.
(aksi sebab seronok mandi bersama ahli usrah yang lain)

Dah habis mandi-mandi, kami meneruskan perjalanan ke tingkat ke 7.. Kalau dalam kitab minhajul abidin ni, kira macam dah nak sampai pada tahap makrifatullah la ni.. hehehe. Tapi tu perumpamaan je tau. Jangan kata sesat lak, nak capai makrifatullah dengan naik bukit. Salah tu. Sampai di destinasi yang di tuju tepat pada pukul 12.00. Sempat la nak mandi. Tapi bila tengok balik air dia, adoii... Dalam bangat sih.. kata orang indon. Sejernih-jernih air kat sana, masih lagi tak nampak dasar dia. Mau tak dalam macam tu. Kemudian, setelah mandi-manda, kami bersiap sedia untuk solat zohor. Di sana kami di ajar bagaimana kesalahan sesetengah orang mengenai cara untuk melihat arah kiblat. Kemudian kami di ingatkan sekeras-kerasnya oleh abu kami, "haram untuk seseorang pergi bermusafir jika tidak cukup ilmu untuk musafir. Salah satu darinya adalah ilmu mengenal kiblat." Jadi untuk semua yang membaca post ini, ana ingin mengingatkan, untuk melihat arah kiblat, bukan hanya dengan melihat garis cahaya matahari semata-mata, namun kena betul pada waktunya sebab ada ketika jalur cahaya matahari itu mencapai satu bayang di panggil bayang basi. Ha.. untuk mengetahui apa itu bayang basi dan merasai segala pengalaman yang ana tulis, jemputlah menyertai kem pondok musim cuti. Tarikh dan masa akan di beritahu kemudian, tetapi insyaallah akan di jalankan hujung tahun ini. Terbuka kepada lelaki dan perempuan, cuma tarikhnya berlainan. Juga terbuka pada kanak-kanak.

Jadi, insyallah, bersama-samalah kami di dalam kem musim cuti seterusnya. Insyaallah, banyak yang di pelajari..
(iklan promote.. he3)

Menganjak dari lot yang asal

bismillahirahmanirrahim..

Hari ni ana terbawa untuk menulis mengenai perkara ini setelah sekian lama tidak berblog kerana nasihat dari akhi untuk tidak menulis sesuatu yang agak luar biasa di pandangan masyarakat umum. Jadi insyaallah, selepas ini apa yang ana tulis, ana akan cuba mengurangkan keluarbiasaan itu supaya apa-apa yang di tulis boleh di fahami oleh semua orang dan dari semua lapisan. Jadi terlebih dahulu, ana ingin meminta maaf kerana menulis perkara ini. Jika ada sebarang kesilapan atau ketidakfahaman, haraplah antum semua menegur ana.

Alhamdulillah, oleh kerana dakwah semakin kuat tersebar di Malaysia, semakin banyak muslimin dan muslimat yang mulai mengikut dakwah ini.Namun semenjak dua menjak ini, ada yang cuba menganjak islam dari lot asal. Mereka cuba membuat sesuatu perkara dan menggunakan istilah mardhatillah sebagai alat untuk membenarkan apa yang di buatnya. Inilah apa yang mereka cuba buat. Mereka cuba membina rumah di dalam tanah mereka yang bernama islam, namun apabila di ukur, tanah yang mereka dirikan rumah itu bukanlah di dalam tanah(islam) mereka tetapi mereka sudah masuk di dalam tanah orang lain. Akhirnya, apa yang mereka buat sama ada salah satu daripada dua.

1) mereka akan terus bergaduh bahawa tanah itu adalah tanah mereka walaupun sebenarnya bukan. Mereka akan terus menegakkan yang batil kerana pada hakikatnya mereka tidak dapat menerima bahawa segala usaha mereka akan terhapus begitu sahaja.
2)mereka akan menerima semuanya dengan rela tetapi mereka akan akan sedih kerana rumah yang di bina untuk keluarganya berteduh rupanya bukan di tanah mereka. Semua usaha mereka selama belasan tahun akan musnah di depan mereka lalu mereka akan menangis menyesal kerana selama ini tidak sedar bahawa mereka membina di atas tanah orang lain.

Namun begitu, kebanyakan dari kita akan memilih pilihan yang pertama dan ingatlah Allah akan menghakim kita berdasarkan peta yang sebenar, bukan peta yang kita dakwakan benar.

Ayyuha ikhwah, begitulah apa yang kita lakukan. Mungkin ada yang kita lakukan bercanggah dengan Islam, namun di sebabkan ke egoan kita, maka kita menyatakan bahawa rumah kita masih lagi di kawasan yang betul. Di sinilah datangnya kelebihan kita merenung kembali sama ada apa yang kita buat di jalan yang haq atau batil. Jika di tanah yang batil, maka binalah yang baru. Bimbang jika kita masih berkeras membina di atas tanah tersebut, suatu hari nanti, tuan tanah tempat itu akan datang menuntut kepada kita dan pada ketika itulah kita akan menyesal.

Untuk kita tahu di manakah tanah kita, itu lah perlunya ilmu. Dampingilah mursyid soheh yang mampu menunujukkan kita sebesar mana laman kita. Ingatlah, hiduplah di dunia dengan pantang larang yang ada. Rasanya setakat ini sahaja mampu ana tulis. Insyaallah bersama2 lah kita mengambil manfaat daripada tulisan ini. Jadi binalah rumah di atas lot yang asal. Janganlah di anjak islam itu pada lot asal kerana jika di anjak, maka apa yang antum bawa hanyalah islam pada nama berulamkan anta anti berkuahkan ilmu fasiq.. wallahualam

Letihnya jadi pekebun


Aduhai nak jaga pokok. Bukan senang nak tanam ni. Baja kena cukup, siram kena penuh. Kalau tak, nenek aku cakap, pokok tu boleh jadi mati. Dahaga air katanya. Jadi, nak jaga ni bukan main-main tau. Bukan semua yang boleh jaga. Aku plak di taklifkan untuk menjaga semua pokok keliling rumah. Amboi.. satu pun dah pening nak jaga, inikan pula serumah.

Di tepi rumah aku ada la juga jiran-jiran yang jaga pokok ni. Cantik nampak. Buah pun banyak yang ada. Tapi bila dengar cerita diorang, boleh naik seram juga. Penjagaannya tak boleh lalai. Kalau lalai, boleh mati pokok tu. Kalau mati, jangan harapla kita di panggil pekebun berjaya. Wa.. Tak sempat nak mulakan lagi dah kena macam-macam ea. Dah siap di beritahu lagi ancaman-ancaman yang mungkin bakal berlaku pada pokok. Tapi tak apa. Amanah yang di berikan kita kena jaga. Bukan mudah orang nak percaya kat kita tu.

Tapi dah ada adik beradik aku lari dari nak buat kerja ni. Leceh katanya. Dah la susah tu. Takut-takut ada pokok yang layu di tangan dia. Jadi, aku cepat-cepat cakap kat dia "amboi, dah tahu kerja ni susah, tak kan nak biar aku jer yang jaganya. Kalau cuma kena duri pokok tu, biasa la tu. Bukan kita acukan tangan, tapi kalau time pegang pokok tu terkena, sabar je la. Jangan la menangis. Malu orang nampak. Kalau sebab kita pokok tu mati, redha jer la. Lain kali untuk pokok lain, jaga baik-baik. Kurangkan kematian pokok kalau dah tak boleh selamatkan semua."

Ha.. kena dia. Tu la. Bila nenek aku dah bagi kepercayaaan kat dia, dia sempat pula lari dan bagi kat aku. Mau tak frust. Jadi, harap-harap la adik beradik aku ni paham. Banyak juga cerita kalau pasal tanam pokok ni. Bayangkan la, time kita jaga pokok ni, ada semut buat sarang. Eh, semut ni baik ke buruk. Alamak.. dah pening la. Kalau bunuh kan, bimbang juga la dia ni sebenarnya bantu kita. Nampaklah adik aku terkedek-kedek pergi kat kawan dia. Report la ni. adoi.. sakit ati betul la budak ni. Lepas tu nampak la dia lari kat aku sambil cakap "bang, kawan adik cakap kita tak boleh bunuh semut sebab dia tolong kita kalau pencuri masuk rumah. Dia gigit pencuri tu. Lagipun bunuh binatang tu kan dosa" Yakin jer jawab. Tapi masuk akal juga. Adeh. Last-last aku tak bunuh semut tu.

Esoknya nenek aku pergi kat pokok tu. Lepas tu nenek aku 'pulas' telinga aku sambil cakap "yang dok bunuh tu bakpe. Nak suroh ketek nek ker". Dengan bahasa pekatnya tu, teruk aku di bebel pagi tu. Tapi tak per, aku jawab,"bunuh binatang tu haram nek." Di pulasnya balik telinga aku lalu di bawa aku pegang semut tu. Dan semut tu gigit aku. Adoi.. sakit tu. Nenek aku kata, "lain kali kalau orang suruh buat, buat la. Kita makan garam dulu dari dia la." Dah. Ayat biasa. Aku ambil ridsect, lepas tu sembur kat semut tu. Baru puas hati. Pandai-pandai gigit aku. Kalau belajar tasawuf boleh failed aku dengan cara ni ea.

Esoknya aku tengok pokok bunga bersemut tu lagi segar dari dulu. oo.. Baru aku paham, rupanya semut tu ada kaitan juga dengan merosakkan pokok bunga. Benda baru belajar ni. Lepas tu aku semakin banyak belajar pasal pokok bunga dengan semua hal-hal dia.

Air kena letak secebok. Lima kali sehari. Lepas tu, kalau nampak macam besar skit, kita letak baja. Nak suruh jadi sihat. Baja ni ada dua, baja pokok untuk kukuh batang, dengan baja buah untuk bagi lebat buah. Pasal akar tu, jangan bimbang ah, Kalau yang dulu dah ada akar yang kemas, baja-baja tu akan buat akar lagi keras. Kalau pasal binatang perosak ni ada dua. Ada jenis ulat makan daun. Benda tu tak nampak sebab halus sangat. Cuma tanda tu nampak la. Daun akan jadi kekok. Nampak macam nak rosak doh la. Lepas tu ada pula binatang perosak dari luar macam kabo, semut dan lain-lain la. Sebab tu la kena jaga molek. Bila nampak tanda tu, kena cepat-cepat berubat. Lepas tu buah tu kena balut. Takut kena lembu makan. Lepas tu kalau tak buat gitu, buah akan cepat buruk. Kalau buruk, tak boleh ah kita makan. Fuh, susah juga nak jaga ni ea.

Dah lama jaga pokok-pokok ni, kira pakar la sikit, mari la sepupu aku ke rumah. Macam biasa la, nenek aku suruh sepupu aku jaga pokok bunga. Aku plak kena jadi pemerhati dia. "Tak per, kita boleh ajar dia"aku cakap kat nenek aku. Jadi, aku akan ajar dia betul-betul sampai la dia fasih macam aku. Tapi kalau aku tak pandai, aku kena tanya nenek aku balik. Takut kena pulas telinga lagi. Jadi, awal-awal aku cakap kat dia sebelum dia belajar, aku cakap," kita jaga pokok ni kena banyak sabar. tak cayer, tunggu la." Jadi, nasihat aku untuk korang semua, mari lah kita ramai-ramai bercucuk tanam. Biar kena macam aku juga. Tapi tak per. Jangan bimbang, sebab time kita dapat buah tu, kita pasti akan excited dan semua letih-letih kita akan hilang.

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian