
Pada yang mengenali akan diri ana dan mendengar ceramah tak rasmi ana pasti perkataan ini seringkali kedengaran. Kita adalah pemimpin generasi muda. Lalu di keluarkanlah dalil yang paling di ingati, kata saidina umar "jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini." Perkataan ini sudah menjadi lali pada sebahagian orang. Tapi berapa orang di antara masyarakat atau pemuda kita tersedar yang selain dari kita kaum pemuda pemudi harapan negara, masih ada lagi yang lebih muda dari kita. Itulah ia kanak-kanak.
Pada waktu kini sudah berlaku satu sindrom yang paling besar di mata kita yakni sindrom kepemudaan sehinggakan kita lupa dan leka bahawa jika kita di katakan pemimpin, mereka ini lebih merupakan pemimpin dari kita. Betul jika kita menjawab apalah yang ada pada budak-budak ini. Mereka bukanlah matang. Itu jika kita ambil kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sebagai sasaran kita. Namun cuba kita ambil pelajar sekolah menengah sebagai sasaran, itu merupakan lebih baik.
JIKA INGIN MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Pepatah ini mungkin sekali kerap kita dengari. Tapi sedarlah, pepatah ini tidak di wujudkan dengan sendiri dan ada kebenaran pada kata-kata tersebut. Pasti ada yang pernah mendengar mengenai kes-kes remaja yang berlaku di sekolah menengah. Adakah sekarang ini kita hanya patut menunding jari pada pihak guru yang pada di bayar dengan sejumlah wang untuk membetulkan mereka. Jika benar, maka persepsi ini perlu di ubah. Guru telahpun memainkan peranan penting untuk menyediakan suasana yang baik kepada mereka, namun oleh kerana bilangan mereka yang sedikit, tidak semua yang mereka ingin lakukan dapat di jalankan. Kerana itu, sebagai satu langkah, hari ini kita semua haruslah pergiatkan pergerakan kita di bekas-bekas sekolah kita dahulu. Berbanding dengan kita, mereka harus lebih mula menjejakkan tapak sebagai pemimpin supaya mana umat islam dapat di bawa dan di perkuatkan se maksima yang boleh.
PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM PADA ZAMAN KEHEBATAN EMPAYAR ISLAM
Siapa tidak kenal dengan sultan Muhammad Al Fatteh yang telah memulakan suatu lembaran baru pada perjalanan tamadun Islam dengan pembukaan kota Constantinople dan menukarnya sebagai Istanbul. Atau Salahuddin Al Ayubi, tokoh perang salib yang di kenali kehebatannya malah oleh musuh-musuh islam sekalipun. Tahukah anda bahawa mereka tidak pernah mempersiakan zaman mudanya. Sultan salahuddin, semenjak kecil lagi, beliau telah di ingatkan bahawa beliau adalah pemimpin umat islam. Lalu kerana itulah gerak-gerinya hanyalah untuk membantu pada pembangkitan umat islam. Begitu juga Salahuddin Al Ayubi. Walaupun pada ketika awalnya beliau tidak mahu menerajui tampuk pemerintahan, namun beliau sudah di terangkan semenjak kecil lagi bahawa tugas beliau adalah untuk membantu umat islam. Namun, siapakah yang ingin menerangkan kepada remaja-remaja ini bahawa mereka adalah antara peneraju pada umat islam.
JOM KEMBALI KE SEKOLAH
Bukanlah promosi kasut yang di maksudkan, tetapi promosi bagi kita untuk membantu saudara-saudara seagama supaya mereka sedar dan faham akan hakikat kehebatan mereka. Insyaallah dengan bantuan kita para dai'e, moga-moga mereka dapat melihat jalan dan sedar akan matlamat apa yang mereka ingin capai di dunia. Bukan hasil yang Allah lihat, namun sejauh mana usaha kita demi mebantu agamanya. Insyaallah, bersama-sama la kita membantu golongan ini untuk melahirkan pemimpin generasi muda yang benar-benar berkualiti dan mengangkat martabat Islam ke tempat yang tertinggi. Amin.
Listen to Quran
Pemimpin generasi muda
Labels: kepimpinan
Warkah buat rakan SMKADG ku

Saya mulakan ayat saya dengan kalimah suci bismillahirahmanirahim. Insyaallah apa yang saya tulis ini haraplah tidak mengguris hati mana-mana pihak kiranya. Aku berlindung daripada syaitan yang sifatnya sering membawa manusia ke arah kufar dan nafsu amarah yang seringkali memberi kaburukan kepada kita. Harap apa yang di tulis ini dapat di ambil pengajaran sebaik mungkin. Maka gunakanlah nikmat ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada anda untuk menilai apa yang cuba saya samapaikan. Jika baik, maka ambillah ia sebagai pengajaran. Jika tidak, maka saya memohon seribu kemaafan akan kelemahan diri saya ini. Terimalah warkah saya untuk anda semua.
Pertama sekali sekalung tahniah di ucapkan kepada yang mana terdetik untuk menyatukan kembali semua sahabat-sahabat kita yang telah hilang sekian lama. Sememangnya mengikut penilaian diri ini tidaklah ia ada melainkan memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya telah berfirman Allah di dalam Al Quranul Karim
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al hujurat:13)
Maka bertepatan lah apa yang kita cuba lakukan dengan apa yang di tuntut. Mengenai cara itu haruslah kita sedar sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Maka seharusnya kita selaku pelajar bekasan agama tiada lah melakukan sesuatu yang tidak kena pada syaraknya. Jadi ini bukanlah apa yang di persoalkan sekarang. Apa yang ingin kita persoalkan adalah sejauh mana komitmen kita pada apa yang kita rancangkan. Mudah menyebut, payah melaksanakan. Mungkin kata-kata ini tidaklah janggal bagi kita. Begitu juga dengan peribahasa melayu ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. Adakah kat-kata ini hanya tinggal kata-kata. Benarlah umat islam ini tidak pernah lekang dek orang-orang yang mempunyai idea-idea yang bernas namun masaalah kita adalah tiada orang yang sudi mendukung amanah tersebut.
Ingatlah, idea tanpa usaha seperti mat jenin yang jatuh dari pokoknya. Usahlah bermimpikan ingin menjadi mat jenin moden yang Berjaya dalam hidupnya jika setiap dari ahli kita mengambil sikap endah tak endah akan apa yang di ideakan. Tidaklah saya menyatakan salah pada memiliki pemikiran yang bernas, tetapi jika tidak di lalui dengan usaha, maka ianya tidaklah wajar. Nampak seolah-olah ia seperti burung kakak tua, cakapnya pandai, fahamnya tidak.
Masaalah terbesar bagi kita sekarang adalah kita mengambil mudah tentang perancangan yang teliti. Ingatlah kata Assyahid imam hassan al banna "Sesungguhnya kebatilan yang di buat secara tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang di buat secara tak terancang."
Hari ini, saya ingin membawa anda melihat program yang bakal di anjurkan ini bukan sekadar suatu program suka-suka yang tiada kelebihan pada dirinya, tetapi sebagai satu team yang membawa sepanduk islam juga tak lupa sepanduk alumni smkadg. Ia juga sebagai satu 'kursus' agar kita tidak tergolong dari golongan orang yang ingin menegakkan kebenaran tetapi tak pandai merancang. Kalau hanya program ini kita tidak mampu uruskan, maka janganlah kita berbincang mengenai sesuatu yang lebih besar kerana kita tidak lebih daripada sembang kosong dan tidak memberikan apa-apa impak kepada diri sendiri. Jadikanlah apa yang kita rancangkan sebagai tangga anda semua untuk bekerja sesama kita juga sebagai tangga pengubah diri kita semua supaya kita mampu menjadi insan yang lebih kuat dan ingatlah Allah menyukai lebih pada orang yang kuat berbanding yang lemah.
Oleh sebab ruang perbincangan anda lebih kepada membina alumni, maka ingin saya sebutkan beberapa perkara di sini. Pertama, sedarlah bahawasanya kita sebagai penuntut smka lebih di berikan harapan kepada kita untuk membina insane-insan peneraju masa depan. Katanya seorang hamba Allah, kita adalah umara’ berbentuk ulama’. Sekuarang-kurangnya itu yang di harapkan. Tetapi kita telah ketinggalan terkebelakang dalam membina generasi adik-adik kita supaya menjadi lebih hebat. Biarlah pada masa kita, kita tidak mendapat galakan dari senior-senior, jangan kita jadikan adik-adik kita memiliki nasib yang serupa sedangkan abang-abangnya menjadi orang hebat di tempat pengajiannya. Jangan akhirnya kita di tuduh malu untuk menyumbangkan sedikit tenaga kepada mereka. Alumni yang kita maksudkan ini bukan hanya semata-mata memberikan kelebihan kepada adik-adik kita, tetapi turut memberikan kelebihan di dalam bidang penyampaian dan gerak kerja kita. Dan semua ini pastilah akan memberikan impak yang besar kepada kita semua. Dan ingatlah, mukmin yang terbaik adalah yang memberikan kelebihan kepada dirinya dan orang lain.
Kesimpulannya, apa yang saya ingin katakan adalah usahlah kita merasakan apa yang kita perbuat ini tidak memberikan apa-apa kesan kerana ini merupakan satu ibadat kerana langkah kita merupakan satu langkah ke arah pembinaan diri kita juga pembinaan orang-orang yang mampu kita bantu ke arah yang lebih baik demi agama, bangsa dan Negara. Sebelum saya menghabiskan kata-kata ini, sudilah kiranya anda menjawab persoalan saya. Demi apakah anda belajar. Jika jawapannya untuk membantu agama, bangsa dan Negara, fikirkanlah kembali kerana kita sendiri tidak mampu membantu junior kita, inikan pula berbincang mengenai yang lain. Harapan saya janganlah di anggap program ini hanya sebagai reunion biasa, tetapi anggaplah ia sebagai gerak kerja awal kita ke arah pengalumnian smkadg dan jika anda membantu kami, tiadalah yang dapat kami ganjarkan melainkan jika anda ikhlas untuk agama, maka Allah lah jua yang akan menghadiahi anda dengan seiring dengan usaha anda bahkan lebih baik. Insyaallah. Bersama sekata sehati terasa. Taqyuddin Al Jundiy.
Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.. Tetapi orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di Dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. dan Dengan Yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".(Surah hud : 118 & 119)
Labels: kepimpinan
Bersemangat tetapi tak ada semangat

"Siapa yang nak duit ini angkat tangan". Maka ramai la pelajar-pelajar mengangkat tangan. Di ulang lagi ayat yang sama kepada semua pelajar sebanyak 3 kali dan hasilnya meriah, semua angkat tangan nak minta duit seringgit. Biasalah, budak-budak. Seringgit itu seolah-olah aset bernilai sejuta pada mereka. Banyak makanan yang boleh di beli. Gula-gula penghias gigi rongak tu dah dapat 20 tu. Kemudian bangunnya seorang perempuan datang mengambil duit itu. Nah, terlopong kita. Hilang duit itu begitu sahaja. Apa yang di beritahu oleh penceramah ketika itu, kita kalau hanya bercakap, tetapi tiada usaha untuk membuatnya, maka kita ini tidak akan memberi sebarang kelebihan. Tetapi bagi ana, apa yang ana dapat adalah kita ini bersemangat tetapi tak ada semangat.
Inilah masaalah yang menimpa kita di zaman pasca moden ini. Idea yang banyak yang ada pada kita, namun apabila kita berbincang tentang menjalankannya, masing-masing berlepas tangan. Jadi mungkin patut ana tuliskan di sini, jika begini lah perangai umat islam, maka kita tidak akan jatuh di sebabkan kurang idea, tetapi lebih idea kurang usaha, itulah masaalahnya yang kita hadapi sekarang. Mana tidaknya, apabila kita berbincang mengenai idea, maka kumpulkanlah saja beberapa orang, maka 1001 idea bernas yang akan keluar. Tetapi kumpulkan 100 orang untuk melaksanakannya, maka ana dapat rasakan sebahagian darinya akan menolak pada sebahagian yang lain. Sebahagian lagi dari separuh itu akan buat kerja tak habis, sebahagian lagi dari bilangan yang tinggal akan membuat kerja sambil lewa dan sebahagian yang tinggal akan merasakan merekalah yang paling banyak membuat kerja lalu mereka membuat kerja sambil lewa. Ketika itu ikhlas bukan lagi satu medium yang akan di perbahaskan. Yang mereka akan sebut, janji siap lalu hasilnya mengecewakan. Apabila di bawa pemikirannya dengan bertanya ikhlaskah anda, maka jawapan yang biasa "Ahh, kamu tak rasa tak apa lah".
Penyakit kita umat islam pasca moden.
Maka di manakah boleh kita mengharapkan jika beginilah hasil-hasil yang kita perolehi. Saidina Umar pernah berkata "Jika kamu mahu melihat generasi yang akan datang, maka lihatlah generasi muda pada hari ini." Beban yang kita galas tidaklah berat jika kita bersama-sama. Itu yang ana pegangkan. Maka apabila sebahagian dari kita gemar melontarkan kata-kata atau idea yang bernas namun tidak mahu membantu atau menggerakkan jalan kerja ibadah samada ibadah ummumiah atau ibadah khususiah, maka kita samalah seperti menanam tebu di bibir mulut. Renungilah hadis ini wahai akhi dan ukhti sekalian.
Dari sahl bin saad assaidi r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu di suatu masa di mana para ulama' sudah tidak di ikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak di segani lagi. Hati mereka seperti hati orang ajam(pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang arab (pada fasihnya).
Labels: kepimpinan



