Salam Ukhwah Fillah

Listen to Quran

Warkah buat rakan SMKADG ku


Saya mulakan ayat saya dengan kalimah suci bismillahirahmanirahim. Insyaallah apa yang saya tulis ini haraplah tidak mengguris hati mana-mana pihak kiranya. Aku berlindung daripada syaitan yang sifatnya sering membawa manusia ke arah kufar dan nafsu amarah yang seringkali memberi kaburukan kepada kita. Harap apa yang di tulis ini dapat di ambil pengajaran sebaik mungkin. Maka gunakanlah nikmat ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada anda untuk menilai apa yang cuba saya samapaikan. Jika baik, maka ambillah ia sebagai pengajaran. Jika tidak, maka saya memohon seribu kemaafan akan kelemahan diri saya ini. Terimalah warkah saya untuk anda semua.

Pertama sekali sekalung tahniah di ucapkan kepada yang mana terdetik untuk menyatukan kembali semua sahabat-sahabat kita yang telah hilang sekian lama. Sememangnya mengikut penilaian diri ini tidaklah ia ada melainkan memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya telah berfirman Allah di dalam Al Quranul Karim

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al hujurat:13)

Maka bertepatan lah apa yang kita cuba lakukan dengan apa yang di tuntut. Mengenai cara itu haruslah kita sedar sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Maka seharusnya kita selaku pelajar bekasan agama tiada lah melakukan sesuatu yang tidak kena pada syaraknya. Jadi ini bukanlah apa yang di persoalkan sekarang. Apa yang ingin kita persoalkan adalah sejauh mana komitmen kita pada apa yang kita rancangkan. Mudah menyebut, payah melaksanakan. Mungkin kata-kata ini tidaklah janggal bagi kita. Begitu juga dengan peribahasa melayu ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. Adakah kat-kata ini hanya tinggal kata-kata. Benarlah umat islam ini tidak pernah lekang dek orang-orang yang mempunyai idea-idea yang bernas namun masaalah kita adalah tiada orang yang sudi mendukung amanah tersebut.

Ingatlah, idea tanpa usaha seperti mat jenin yang jatuh dari pokoknya. Usahlah bermimpikan ingin menjadi mat jenin moden yang Berjaya dalam hidupnya jika setiap dari ahli kita mengambil sikap endah tak endah akan apa yang di ideakan. Tidaklah saya menyatakan salah pada memiliki pemikiran yang bernas, tetapi jika tidak di lalui dengan usaha, maka ianya tidaklah wajar. Nampak seolah-olah ia seperti burung kakak tua, cakapnya pandai, fahamnya tidak.

Masaalah terbesar bagi kita sekarang adalah kita mengambil mudah tentang perancangan yang teliti. Ingatlah kata Assyahid imam hassan al banna "Sesungguhnya kebatilan yang di buat secara tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang di buat secara tak terancang."

Hari ini, saya ingin membawa anda melihat program yang bakal di anjurkan ini bukan sekadar suatu program suka-suka yang tiada kelebihan pada dirinya, tetapi sebagai satu team yang membawa sepanduk islam juga tak lupa sepanduk alumni smkadg. Ia juga sebagai satu 'kursus' agar kita tidak tergolong dari golongan orang yang ingin menegakkan kebenaran tetapi tak pandai merancang. Kalau hanya program ini kita tidak mampu uruskan, maka janganlah kita berbincang mengenai sesuatu yang lebih besar kerana kita tidak lebih daripada sembang kosong dan tidak memberikan apa-apa impak kepada diri sendiri. Jadikanlah apa yang kita rancangkan sebagai tangga anda semua untuk bekerja sesama kita juga sebagai tangga pengubah diri kita semua supaya kita mampu menjadi insan yang lebih kuat dan ingatlah Allah menyukai lebih pada orang yang kuat berbanding yang lemah.

Oleh sebab ruang perbincangan anda lebih kepada membina alumni, maka ingin saya sebutkan beberapa perkara di sini. Pertama, sedarlah bahawasanya kita sebagai penuntut smka lebih di berikan harapan kepada kita untuk membina insane-insan peneraju masa depan. Katanya seorang hamba Allah, kita adalah umara’ berbentuk ulama’. Sekuarang-kurangnya itu yang di harapkan. Tetapi kita telah ketinggalan terkebelakang dalam membina generasi adik-adik kita supaya menjadi lebih hebat. Biarlah pada masa kita, kita tidak mendapat galakan dari senior-senior, jangan kita jadikan adik-adik kita memiliki nasib yang serupa sedangkan abang-abangnya menjadi orang hebat di tempat pengajiannya. Jangan akhirnya kita di tuduh malu untuk menyumbangkan sedikit tenaga kepada mereka. Alumni yang kita maksudkan ini bukan hanya semata-mata memberikan kelebihan kepada adik-adik kita, tetapi turut memberikan kelebihan di dalam bidang penyampaian dan gerak kerja kita. Dan semua ini pastilah akan memberikan impak yang besar kepada kita semua. Dan ingatlah, mukmin yang terbaik adalah yang memberikan kelebihan kepada dirinya dan orang lain.

Kesimpulannya, apa yang saya ingin katakan adalah usahlah kita merasakan apa yang kita perbuat ini tidak memberikan apa-apa kesan kerana ini merupakan satu ibadat kerana langkah kita merupakan satu langkah ke arah pembinaan diri kita juga pembinaan orang-orang yang mampu kita bantu ke arah yang lebih baik demi agama, bangsa dan Negara. Sebelum saya menghabiskan kata-kata ini, sudilah kiranya anda menjawab persoalan saya. Demi apakah anda belajar. Jika jawapannya untuk membantu agama, bangsa dan Negara, fikirkanlah kembali kerana kita sendiri tidak mampu membantu junior kita, inikan pula berbincang mengenai yang lain. Harapan saya janganlah di anggap program ini hanya sebagai reunion biasa, tetapi anggaplah ia sebagai gerak kerja awal kita ke arah pengalumnian smkadg dan jika anda membantu kami, tiadalah yang dapat kami ganjarkan melainkan jika anda ikhlas untuk agama, maka Allah lah jua yang akan menghadiahi anda dengan seiring dengan usaha anda bahkan lebih baik. Insyaallah. Bersama sekata sehati terasa. Taqyuddin Al Jundiy.

Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.. Tetapi orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di Dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. dan Dengan Yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".(Surah hud : 118 & 119)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Arabic Dic

Buat daie-daie di seluruh dunia

Tinta ingatan

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

About Me

My photo
Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadamu, jika kerana kemuliaan sifat rahmahmu menidakkan kehebatanku di dunia supaya aku tidak merasa besar dengan diriku, maka, kau jadikanlah dengan kehebatanku ini mampu menghidupkan hati-hati insan yang lain untuk terus membantu agamamu.

Kisah kehidupan

Undi anda adalah rahsia

Bagaimanakah pandangan anta mengenai blog ana
Menakjubkan
Menarik
Perlu ditingkatkan
Perlu ditingkatkan
Delete jer

Free palestin

Followers

Sembang bersama ana


ShoutMix chat widget

Myblog log

Mutiara Hadith

Salam Sejahtera

Palestin info

Berita Harian