Pelik bunyinya, tapi inilah hakikatnya. Bagi warga kl @ bukan warga kl yang menyambut tahun baru pada malam ini di tempat-tempat yang best best, selamat berpasar malam ana ucapkan. Ianya termasuk dengan ana yang pergi nak tengok bunga api di kl. Katanya besar bunga api tu. Tapi tak sempat juga ana nak tengok. Lambat sangat nak start.
Maka yang dapat ana tengok dan tonton pada malam ni gelagat peniaga pasar malam. Sedikit je yang jual makanan, kebanyakannya menjual alat mainan. Ada yang bercahaya, ada yang boleh keluarkan hon dan macam-macam lagi. Tapi yang anehnya pembelinya bukan budak-budak.. Akak akak dengan abang abang budak yang membelinya. Jadi dapat yang saya simpulkan, sambutan tahun baru malam ini merupakan sambutan pasar malam. Ada yang jual maruah, ada yang jual agama dan ada yang jual peribadinya.
Sedang saya melihat gelagat manusia, lalu berkumpullah satu golongan yang memakai jibab@ tudung labuh. Membuat misi untuk membetulkan balik pemikiran yang tak betul. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai golongan yang berjaya di dalam ayat
'Dan hendaklah sebahagian dari kamu mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah pada munkar. Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berjaya'
Bagi kumpulan ini, tahniah ana ucapkan. Antum pewaris para nabi. Menyampaikan yang haq kepada mereka yang tidak tahu. Jadi ucapan ana kepada yang membaca blog ana, selamat menyambut gerhana bulan.
Listen to Quran
Selamat berpasar malam..
Jom berlawan game
Ha... Mari-mari semua. Kitorang akan adakan game. Tempatnya di seluruh negara. Tajuk game tu 'sape yang paling pelik'. Itulah sedikit sebanyak dialog di kota raya. Mungkin tidak terucap oleh golongan-golongan yang menzahirkan dirinya Islam tetapi dalam dirinya penuh dengan kekotoran yang terlekat di hati-hati mereka. Game ini merupakan game yang paling kerap di mainkan di kota raya dan sekarang sudah mula memasuki kampung-kampung yang konon-kononnya memiliki gadis yang naif.
Sebab itulah di kota raya tak hairan kalau seorang mak datin mewarnakan rambut dengan warna pelangi tetapi hairannya kalau seorang wanita yang memakai tudung labuh. Tak hairan kalau seorang gadis muda bercakap 'bro, jom lepak kat hypermarket kat rumah gua' tetapi akan jadi hairan kalau seorang wanita memakai purdah tidak menjawab apabila di tanya namanya saper...
Itulah yang abang ana sebutkan sebagai pertandingan di kota raya. Siapa yang paling pelik akan menang dan siapa yang tak pelik akan di anggap bodoh kerana tidak menyertai pertandingan ini. Kerana itu ingatlah bahawasanya mereka menyangka mereka menipu Allah sedangkan yang mereka tipu itu sebenarnya diri mereka sendiri.
Saya ambil satu dialog dari cerita 'anak kelantan'. "Betul apabila kita masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Tetapi jika ramai harimau masuk kandang kambing yang hanya ada seekor kambing, patutkah kambing itu mengembek." Bagi saya kambing itu patut mengembek kerana jika ia cuba mengaum, ia tidak akan menipu harimau itu, tetapi dia hanya menipu kambing-kambing lain yang cuba menyelamatkannya. Akhirnya dia sendiri termakan tipu itu lalu menjadi hidangan harimau yang ganas lagi buas.
Bagi wanita-wanita sejati yang memegang dan menggenggam mahkota bernama kewanitaan dalam Islam yang di minta oleh Islam, genggamlah erat mahkota itu dan janganlah anda cuba berlagak berani dengan berseorangan di tengah-tengah ladang harimau kerana anda tidak mengundang yang lain melainkan binasa kepad diri anda. Dan ingatlah kambing yang akan serigala makan adalah kambing yang terkeluar dari kelompoknya.
Jadi ingatlah promosi ini jika anda ingin menjadi ahli neraka. Sertailah game siapa yang paling pelik.
Labels: dakwah dan peringatan
Baru-baru ini ana telah menjadi fesi di Program Pondok Musim Cuti. Alhamdulillah, banyak yang ana belajar. Rupanya benar la kata-kata kita haruslah tawadhu' pada ilmu. Sesuatu yang tak pernah ana bayangkan bahawa kanak-kanak mampu mengajar ana banyak perkara. Terlalu banyak yang ada di sana yang ingin di kongsikan sehinggakan ana sendiri tidak mampu menulisnya. Jadi tentang apa yang ana belajar di sana insyaallah ana akan kongsikan di lain kali.
Cuma ana akan buat sedikit rumusan dari perjalanan program di sana. Pada hari pertama ana menjejakkan kaki di besut, ana masih lagi tidak tahu tentang program ini. Tiba-tiba ana di ambil secara tidak rasmi oleh abang ana, al maklumla program keluarga. Abang ana, Abang Fahmi memberikan kepercayaan kepada ana untuk menguruskan bahagiann game dan permainan. Jadi dengan muka budak ini( kata adik ana, Ijoh muka tak matured) ana berusaha untuk menyempurnakan setiap permainan yang ada.
Maka di usulkanlah satu persatu apa yang perlu ana buat. Dan jawapan ana berikan pada Abang Fahmi simple tapi mendalam. "Ok, Faham.." Setelah itu di amanahkan untuk menerangkan pada abang ana yang satu lagi, Abang Qori. Oleh sebab ana tak pandai bab explain, ana bagi kertas jadual dan cakap "ikut jer esok kot". Jawapan simple lagi. Tapi abang ana tak faham pun nak ikut apa. Last-last abang fahmi terangkan balik.
Esoknya pelajar yang datang 30 orang. Dalam hati ana, alamak sudah.. Duit makanan tak banyak ni. Tapi nak di jadikan takdir, berlakulah asbab yang mana ramai orang yang memberikan sumbangan. Rezeki budak la tu. Jadi betullah selama ni janji Allah untuk membantu orang yang membantu agamanya. Jadi tugas ana sebagai pengurus game bermula. Hari pertama ana bermain ujian pendengaran.
Malam tu kami semua membuat perjumpaan dan dari perjumpaan itu di putuskan untuk mengambil seorang lagi fesi. Dan untuk hari kedua bermulalah perjalanan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu melalui kitab fekah, tasawwuf dan tauhid. Pada masa itu barulah pembahagian tugas yang sebenar bermula. Dan dari sehari ke sehari bilangan kanak-kanak semakin bertambah.
Seterusnya seperti hari yang lain, minggu itu perjalanan program lancar dengan sempurna. Pada
hari pertama di minggu ke dua, penceramah ketika itu tidak dapat hadir. Kesemua penceramah telah ke Melaka di sebabkan urusan keluarga. Maka sekali lagi terpaksa di buat perjumpaan. Perjumpaan kali ini terpaksa di lakukan dengan lama untuk mebincangkan program 2 hari. Jadi perbincangan terpaksa di tamatkan pada lewat malam.
Jadi setelah di bincangkan, maka di persetujui bahawa keesokannya kita akan bermain game. Jadi awal-awal kitorang bermain binaan hidayah.
Lagu Pondok Musim Cuti
Di sini kami berkumpul
Sama dalam pondok musim cuti,
Kami belajar membaca menulis,
Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta,
Mesti di cari walau di mana,
Kuatkan azam terus berusaha.
Iman pula penting sekali,
Pengubat jiwa penawar duka,
Pembina rohani akhlak mulia,
Mari kita suburkannya.
Anak yang solah jiwanya besar,
Menjauhi perkara munkar,
Berkorban berjuang walaupun sukar,
Demi agama sanggup berkorban
SELOKA PROGRAM PONDOK MUSIM CUTI
Lama ku nanti tak kunjung tiba,
Diharap Cuma 20 peserta,
10 bani dan banat juga,
Cukuplah untuk mencapai tujuannya.
Hari pertama berlalulah ia,
Bilangan peserta 30 sahaja,
Dalam kepala, dah peningla..
Bermain permainan dan mengaji juga,
Kitab feqah tauhid di pelajarinya,
Tak lupa tasawwuf juga.
Segala pengajian bermulalah ia,
Fesi-fesi pun dah ambil tempat semuanya,
Tengokla juga siapa nak di perkena,
Silap orang badan binasa.
Ketua fesi Abg Fahmi namanya,
Di bantu Jundiy, burhan, qori, ngah pun ada,
Di tambah Asyraf di hari kedua,
Tak lupa ijoh dan sakinah fesi la juga.
Hari pertama baca kitab la mulanya,
Tapi hanya kitab fekah sahaja,
Lepas tu bermain permainan pula,
Time tu sebenarnya budak mengantuk sahaja.
Syafiq di sini 3 orangnya,
Yang pertama kecil, hensem budaknya,
Dalam kelakuan baiklah juga,
Rupanya penakut juga dia.
Syafiq ke dua besar orangnya,
Golongan ahli 3 bersaudara,
Bab nakal memanglah dia,
Tapi insyaallah berubah juga.
Adik si syafiq hebat orangnya,
Suka bergaduh rebutkan kuasa,
Yang kecil chief angkatan tentera,
Yang besar ketua kumpulan lima.
Ni perihal Amir yang kesian,
Adak ke patut di gelar pondan,
Pondan tidak tapi lembut sikit tak di nafikan,
Calon menantu orang beriman.
Si asif pula kecil orangnya,
Tapi bab tak dengar cakap ni la kepalanya,
Guraunya banyak menyampah pun ada,
Pengubat suasana yang yang senyap sahaja.
Bedol pula lain cternya,
Menjadi impian banat di belakang,
Kuat membaca pada malamnya,
Tapi playboynya bukan kepalang.
Idham pula special case je,
Bukan tak nak rotan tapi kita sabar je,
Kalau di rotan menangis la pule,
Last-last biar je.
Aiman pula baik orangnya,
Pelajar pilihan fesi kebanyakannya,
Timbalah ilmu dengan sebaiknya,
Jangan di guris harapan yang ada.
Ada juga budak ting tiga,
Hai.. Ni awal-awal tak dengar kata,
Program ni untuk sekolah rendah saja,
Yang masuk juga kenapa???
Abe dengan ayub harapan awalnya,
Almaklumla sepupu kita juga,
Tapi last-last dia bising juga,
Kena marah di Ustaz Aziz padan muka.
Adik beradik saya pun ada,
Tapi yang masuk program perempuan sahaja,
Maton, Kalsom, anisah juga,
Pening kepala kak joh mikirnya.
Masuk giliran huri la pula,
Balik lewat kena handle la pula,
Bukan main gabra lagi dia,
Tapi bila handle ok la juga,
Yang kesiannya burhan la juga,
Dah la kita tak dengar cakap dia,
bangkang la pula,
Itula adat ketika berbicara,
Bukan bangkang marah pun tiada,
Cuma nak ajar menjadi yang berguna.
Ijoh pula garang juga,
Hui.. X sangka adik aku ni ker,
Time marah ada lagi senyumnya,
Kalau tak dapat tahan suka la sajer..
Asyraf pula senyap orangnya,
Main petang dia la ketuanya,
Tapi makanan semua tersedia,
Dia dan burhan berkorban buatnya.
Sakinah pula tak banyak cakap orangnya,
Tapi tak sangka apa yang kita suruh budak semua di buatnya,
Insyaallah banyak di pelajarinya,
Buat bekalan buat hidupnya.
Abg Fahmi ketua fesi kesemuanya,
Asyik ingatkan ikhlas la ketuanya,
Kalau tidak apa di buat tak berguna,
Semua pekerjaan itulah ketuanya.
Abang Qori juga salah satu fesinya,
Berbincang hal adab dia la ketuanya,
Banyak program sudh di buatnya,
Termasuklah program ini juga.
Ngah pula ketua displin,
Tapi dia lembut orangnya,
Jaga semua adab yang penting,
Hai, kena la jadi garang pula.
Inilah sedikit seloka yang dapat di gambarkan ketika program berlangsung… Di harap kalau ada yang terasa minta maaf. Ianya sekadar gurauan untuk ingatan kita bersama. Jadi ingat, awak tak suka saya serius…
Menjawab soalan kem pmh
Baru-baru ini ana telah menyertai satu kem di bawah pimpinan program mahasiswa hadhari di uitm. Amat menyedihkan apabila ana di beri peluang untuk berucap di khalayak ramai, ana blank.. Dan tak dpt memberikan apa2 kepada telinga yang ingin mendengar ucapan ana. Jd di sini ana akan menulis pada blog ini jawapan pada persoalan yang di ajukn pada ana.
Soaln: Di minta saudara taqyuddin menjelaskan apakah peranan mahasiswa sebagai dai'e di campus.
Jawapan: Mahasiswa merupakan satu tunggak utama pada negara. Sama ada kita sedar atau tidak sedar, mahasiswa yang rosak akan melahirkan negara yang rosak. Jadi sentiasalah kita beringat pada surah al asr, yang padanya Allah bersumpah demi masa bahawasanya manusia ini dalam kerugian. Melainkan yang beramal soleh. Dan yang b'pesan-pesan dengan kebaikan, dan yg b'pesan-pesan dgn kebenaran.. Nah.. Inilah kita. Kita adalah dai'e yang mana antara tugas kita adalah mengingatkn semula golongan-golongan yang t'leka untuk kembali di jalan sirotul mustaqim.. Jadi jln yg antum semua ambil merupakan jalan orang yang b'tugas untuk saling mengingatkn satu sama lain. Sebab itulah apabila berbincang mengenai dakwah, saya secara peribadi agak tidak suka untuk kita mengecilkan skop bidang dakwah kita hanya pada tempat yakni di kampus sahaja. Seolah-olah beberapa budak buta yang diberi seekor gajah dan minta digambarkan bagaimana rupa gajah itu. Sorg memegang kaki gajah dan menyatakn gajah itu tebal seolah-olah sebatang pokok. Yang kedua memegang belalai dan menyatakan gajah itu seolah-olah seperti seekor ular. Yang ketiga datang memegang telinga lalu menyatakn gajah itu seperti kipas dan lain-lain lagi.. Hasilnya siapa yang dapat menceritakn gajah itu seperti seekor gajah. Tidak ada seorg pun kerana masaalah dia mengecilkn skop. Begitu juga dalam bidang dakwah. Dakwah adalah sesuatu yang besar. Bila kita mengecilkn skopnya, maka tidaklah ia menjadi dakwah..
Mengapa saya membangkitkan soal ini, ini kerana berlaku kes oleh bekas ahli persatuan mahasiswa islam universiti malaya yang memberitahu massalahnya kepada ustaz saya. 'Ustaz, saya masa menjadi ahli pmi, saya aktif berdakwah, tapi lepas saya keluar pmi, saya dah tak tahu macam mana nak mengimplikasikan pengalaman saya sepanjang di um.' Nah, inilah yang di lalui oleh mahasiswa kita. Kenapa, sebab apabila kita bercakap mengenai dakwah, kita kaitkan dengan mahasiswa sehinggakan mind set dia berkata sama ada sedar atau tak sedar telah menyatakan dakwah hanya untuk golongan yang belajar di kampus sedangkan realitinya dakwah itu tidak hanya tertumpu pada kampus. Malahan kita sendiri dalam kebanyakan masa kita menjadi lebih 'tidak mahasiswa' berbanding menjadi mahasiswa. Sebagai contoh, apabila kita bertemu kawan kita, kita menjadi kawan, apabila bertemu lecturer, kita menjadi pelajar, apabila bertemu senior, kita menjadi adik. Jadi bila masa kita menjadi mahasiswa. Jarang sangat sebenarnya kita memaparkan diri kita sebagai mahasiswa. Jadi di sini, saya ingin mengubah tajuk yang diberikan pada saya daripada peranan mahasiswa sebagai dai'e di kampus kepada peranan mahasiswa yang juga dai'e di kampus. Rasanya lebih kurang je maksudnya tu..
Apabila bercakap tentang peranan kita seorang dai'e di kampus, pastinya tak terlepas daripada surah al asr. Di dalam al quran Allah bersumpah dengan berberapa sumpah. Antaranya adalah Allah bersumpah dengan masa di dalam surah al asr ini. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran." Jadi sebenarnya inilah tugas kita yang pertama. Berpesan-pesan. Maksudnya tugas kita adalah mengingatkan yang alpa dan lalai akan hakikat Islam yang sebenar. Jika kiita imbau kembali pengalaman di dc, mengapa golongan yang bercintan cintun ini berdating di dc. Mungkin si mad'u ini sebenarnya tak sedar yang dia membuat dosa. Jadi inilah tugas kita untuk mengingatkan dia kembali haqul haq.
Kedua, dari satu hadis yang kita lihat semalam, "apabila kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah kamu mencegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman." Tapi hebatnya seorang melayu ini yang berketurunan melayu, bercakap melayu, mengamalkan adat melayu, bila di sebutkan soal pahala, mereka menjawab "Hmm.. Kita ni lemah, ambil hati je la" atau yang seumpama dengannya. Tengok, inilah kehebatan melayu. Besederhana. Tapi dalam konteks yang salah. Mengapa perlu di ambil yang lemah sedangkan yang kuat kita mampu capai. Nah, inilah masanya. Selama ini kita katakan kita tiada kuasa mencegah munkar, sekarang sudah ada bukan. Jadi ambil, dan laksanakan tugas kita untuk mencegah munkar.
Ketiga, tugas kita untuk membentuk sebuah masyarakat IslaM. Kalau nak bentuk masyarakat di kampung tu susah sebab kita bukan tok penghulu kan. Jadi sekarang la masanya kita membentuk masyarakt islam di kampus UiTM. Menukarkan dataran cinta pada dataran dakwah. Itulah sebab Hassan Al Banna membentuk ikhwnul muslimin. Sebabnya untuk membentuk masyarakat islam. Untuk topik ni susah saya nak kupas sebabnya saya pun bukan ahli yang sesuai untuk kupas soal ini. Sebab saya pun baru tahun ni faham tentang usrah. Masuknya dah tahun lepas. Tapi tak nampak kepentingannya. Sampai sini baru nampak. Hu3. Jadi soal ini saya tak dapat komen.
Yang ke empat, mahasiswa sebagai bakal pemimpin masa hadapan. Sejauh mana kebenaran ni, tungguuuuu.... dan lihat.. Saya tak pandai meramal masa hadapan, jadi tak tahu macam mana nak jawabnya.. Tapi insyaallah anda semua bakal menjadi pemimpin negara. Jadi kesimpulannya peranan anda sebagai dai'e di kampus adalah mensihat yang alpa dan lalai, mencegah munkar, membentuk masyarakat Islam dan sebagai role model. Wallahua'lam.
Labels: Coretan pendapat
Bercinta di benarkan???
Pada sabtu lepas ana mengikuti satu kuliah bimbingan ustaz ridhauddin dari UiTM intec.
Banyak yang kami bualkan. Antaranya adalah tentang konsep percintaan yang di benarkan sebab ana pernah mendengar satu kuliah dar seorang ustaz yang tak asing bagi orang Malaysia yang mengatakan adanya percintaan yang di benarkan dalam islam.
Jawapan yang di berikan pada awalnya agak mengejutkan ana yakni memang betul ada percintaan yang di benarkan dalam islam.
Eh.. Ada ke ustaz.. Memang ada percntaan yang d benarkan, contohnya cinta pada Allah dan cinta pada rasul. Malahan tak melampau jika saya letakkan hukum wajib mencintai Allah dan junjungn besar Muhammad s.a.w.. Tapi mencintai manusia yang bermaksud seorang lelaki mencintai wanita ataupun sebaliknya. Adakah di benarkan. Jawapannya ya.. Memang di benarkan.. Tapi bersyarat. Ada 4 syarat kesemuanya.
1. Kamu tidak di benarkan berdua-duaan dengannya ataupun jumpa dengannya dengan sebab anda nak berjumpa sebagai seorang lelaki yang berjumpa dengan wanita yang di cintainya. Bermaksud kalau anda menjumpainya kerana seorang bos jumpa anak buah. Yang itu di benarkan. Ala.. Kacang je tu ustaz. Kalau yang betul-betul jaga ikhtilaf di antara lelaki dan perempuan, soal ini langsung tak menjadi masaalah.
2. Anda tidak di benarkan call dia mahupun misscall dia..
Dah.. Besar juga tu.. Hmm.. Tapi betul juga. Suara wanita merupakan aurat bagi wanita. Tidak perlu di persoalkan bagaimana suaranya itu kerana adat bercinta, pastinya menggunakan suara yang ayu. Almaklumla, i lap u, u lap me, tak mungkin si wanita itu akan menggunakan suara garau. Jadi perkara itu tak perlu di persoalkan.
3. Tidak di benarkan sama sekali bermesej dengan teman anda itu.. Jadi bermaksud haram segala jenis perhubungan yang mampu menghubungkan kita dengan si muslimah tersebut. Sebabnya kalau ikut logik sendiri kita tahu orang yang bercinta tak mungkin hanya menghantar stu dua mesej. Mesti lebih dari itu.. Hmm. Boleh tahan berat juga tu.
4. Yang keempat dan yg terakhir sekali, tidak boleh ingat langsung akan si perempuan. Dah.. Kalau tak boleh ingatkan si perempuan, bercintakah tu ustaz. Jawapannya terserah sebenarnya. Sesuatu yang haram kamu cuba untuk menghalalkannya, jadi jawapannya ia tetap haram.. Bagaimana mungkin seorang manusia mampu untuk mengubah satu hukum Allah. Sedang Allah menetapkan hukumnya itu di bawah perintah dan janganlah menghampiri zina.
Jadi apabila ada seorang muslimin atau muslimat bertanyakan hukum bercouple, maka jawablah, di bolehkan dengan 4 syarat yang di sebutkan td. Dan janganlah kamu bantu membantu dalam meruntuhkan agama Allah.
Labels: dakwah dan peringatan
Ingatan buat ahli sains (2)
Hari ini satu lg blog yang ana buat khusus untuk mengembalikan kembali fikrah ahli sains kepada fikrah yang sepatutnya di pegang oleh seorang yang bergelar islam. Dalam kehebatan kita mencari ilmu, kita kadang-kadang taksub dengan konsep eksprimentasi. Konsep yang menyatakan sesuatu itu tidak akan terbukti benar sehingga mana di uji oleh radas-radas yang membolehkan satu hasil yang boleh dirasai melalui 5 deria kita.
Oleh sebab kita terlalu minat untuk mengkaji, akhirnya kita terlupa deria kita mempunyai 'limit' nya sendiri. Apabila mencapai limit tersebut, itulah yang menyebabkan kita akhirnya membuat satu ulasan atau teori untuk mebenarkan benda itu sedangkan hal itu barangkali benar dan barangkalinya tidak.
Oleh sebab itu ada satu kata-kata yang menarik minat ana. Mata kadang-kadang tersalah lihat, telinga kadang-kadang tersalah dengar, mulut kadang-kadang tersalah dengar.. Nah, inilah buktinya.. Manusia memilki had terhadap apa-apa yang di lakukan oleh 5 pancaindera yang di agung-agungkan dalam projek pengeksprimentasiaan ini. Jadi
oleh sebab kita dah tahu tentang limit ini, apa yang harus kita buat. Jawapannya janganlah mengkaji melampaui had limit.
Golongan-golongan athiesm tidak mempercayai akan konsep ketuhanan. Buktinya, tuhan tak nampak, tak boleh dirasai, tak boleh di bau, tak boleh ini, tak boleh itu.. Nah, itulah yang kita katakan golongan ini sudah mengakaji lebih dari kemampuan yang mampu di nilai oleh akal manusia. Memang ada penjelasan munasabah tentang cara menyedarkan golongan ini hakikat adanya tuhan, tetapi bagi ana, hakikat yang perlu diorang sedar pada asasnya adalah tentang hakikat ketidak mampuan kita untuk berfikir lebih dari hadnya.
Tentang ahli sains, usahlah terikut-ikut dengan golongan ini sehinga ingin mengeksperimentasi alam akhirat kerana itu di uar kemampuan batas manusia. Dan satu ingatan untuk seluruh umat islam, oleh kerana dunia kini telah keluar dengan berbagai-bagai eksperimen yang menunjukkan kelebihan amalan yang di tuntut oleh islam, jadikanlah ianya sebagai satu pembangkit semangat untuk anda, bukan kita beramal kerana ingin sihat semata-mata.
Labels: Coretan pendapat
Ingatan untuk ahli sains..
Jika di tanya pada ahli sains, mengapa wujudnya H1N1, mengapa objek jatuh, mengapa itu, mengapa ini, pasti yang di jawabnya tidak lebih mengenai perkiraan ini berlaku kerana begini, begitu dan begini lalu muncullah begini. Ianya tidak lebih dari perkiraan oleh sebab ini maka kesannya begini. Jadi kali ini ana ingin menulis mengenai perkiraan sebab dan akibat..
Katanya guru ana kepada ana, sebab dan akibat adalah sesuatu yang berbeza, cuma Allah ciptakan ianya berlaku secara berulang-ulang supaya manusia dapat mempelajari sesuatu darinya. Katanya seorang ustaz apabila di ajukan soalan yang sama, imam al ghazali pernah menyatakan usahlah di buka ilmu tentang tabii (ilmu sains) kepada orang yang belum kukuh usuluddinnya(tauhid) kerana tauhid adalah akar kepada agama, sedangkan sains bermain dengan perkiraan 'relation without god in it'.
Yang dimaksudkan 'relation without god in it' adalah mengenai hubungan antara sebab dan akibat tanpa kita meletakkan posisi ketuhanan dalam permasaalahan ini. Contohnya apbila di tanya apa yang menyebabkan kenyang, maka pasti jawapan ahli sains adalah makan. Sebenarnya makan bukanlah penyebab kepada kekenyangan, tetapi Allah yang memberi kenyang itu. Mengenai faktor ini, ana memuji golongan tabligh yang mengingatkan tentang prinsip 'double reaction' ini. Apabila kita makan dan kenyang, ia adalah 2 perkara yang tidak bersangkut paut. Namun ia terjadi secara sebelah menyebelah. Berapa ramai orang yang makan namun tak merasa kenyang dan yang tak makan namun kenyang. Jadi tidaklah boleh kita melabelkan kedua-dua nya sebagai satu benda yang sama hanya kerana ia terjadi serentak.
Satu cerita, ali sedang berjalan-jalan dalam hypermarket. Apabila ia melalui satu lif, lalu lif itu terbuka. Kemudian dia teruskan perjalanannya. Sekali lagi apabila ia melalui lif, lif terbuka. Adakah kita dapat membuat kesimpulan jika ali mendekati lif, lif akan terbuka. Tentulah tidak kerana kejadian ali melalui lif dan lif terbuka tiada kena mengena sama sekali. Malahan ianya hanyalah satu kejadian yang berlaku sebelah menyebelah. Dan katanya ustaz ana sesiapa yang percaya pada konsep oleh sebab ini, wajiblah berlaku begini, maka dia harus cepat bertaubat kembali kerana ia mampu membawa kepada kafir. Oleh sebab itu di ingatkan kepada setiap ahli sains yang mana masih lagi mahu memelihara maruah agamanya, pasak kan lah akar akidah anda supaya tak tergoyah dalam mempelajari ilmu tabi'i ini..
akhir kata, ana ingin mengucapakan selamat hari raya kepada semua yang melhat bolg ana. Ampun maaf di pinta
Labels: dakwah dan peringatan , Islam dan sains
Selamat berpuasa
Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kesempatan kepada ana untuk menulis blog ini. Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat (yang berpuasa je la).. Moga bulan ini mampu membentuk sahsiah diri kita selaku hamba Allah.. Berpuasa dari sudut istilah adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Selaku penghulu segala bulan dan juga bulan bagi kita membersihkan diri, maka seharusnya bagi kita untuk menghormati bulan ini.
'Eh, apa ni, bulan len tak perlu di hormati ke.. Ala, setakat ramadhan jerr.. Tahun depan ada lagi..' Kata-kata itu seolah-olah sudah terbiasa bagi golongan yang hendak mencari alasan untuk menidakkan kehebatan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan seperti yang di ketahui umum memiliki kelebihan yang tidak ternilai berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan ini merupakan bulan yang mana setan-setan di rantai.. Yang masih tinggal hanyalah pengaruh setan-setan yang telah menapak di hati manusia. Itulah ia nafsu kita yang mana nafsu ini cenderungnya ke arah keburukan. Jadi ketika inilah di beri satu tanggungjawab bagi kita untuk membersihkan hati kita dan membentuk kembali hati demi menjadi askar Allah yang sanggup membuat apa saja demi meletakkan agama di atas.
Kita sedar bagaimana hebatnya ramadhan, tetapi mengapa masih ada sesetengah orang tidak menggunakan peluang yang di berikan sebaik yang mungkin. Mereka seolah-olah menutup mata dan masih lagi meneruskan perkara-perkara yang tidak menampakkan seolah-olah mereka menjaga kewibawaan bulan ramadhan ini.
Labels: Coretan pendapat
Wanita, Aurat, Kerja dan Suami Nusyuz
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"
Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal.
Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..
4 Safar 1428 H
22 Februari 2007 (Updated on 22 Ogos 2007)
http://www.zaharuddin.net/
Labels: Artikel pilihan
Sahabat,,,,
Seorang sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kita... Tapi apakah kriteria sahabat yang ingin kita cari... Terlalu banyak sahabat yang mampu di cari dalam dunia ini.. Tetapi yang betul2 membantu kita di akhirat, hanya sedikit sahaja yang mampu membuat itu.. Oleh kerana itu carilah sahabat yang menegur kita pabila kita mulai lalai terhadap dunia kerana cabaran di 'era siber' ini tak dapat di nafikan sukar untuk melaluinya.
Kerana itulah gunanya kita menggunakan segala ilmu kita untuk mencari sahabat sejati... Ini sebuah lagu mengenai kemurnian sahabat... Silalah mendengarnya..
Gratisan Musik
Labels: Islamic Poem
Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Labels: Artikel pilihan
The simple message of Islam
The simple message of Islam
Labels: Islamic Poem
Berhati hati terima pujian
Oleh Prof Madya Maznah Daud
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?
Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.
Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)
Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.
Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)
Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim)
Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)
Labels: Artikel pilihan
Muhammad yang terunggul.....
Labels: Artikel pilihan
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Labels: Islam dan sains
Harapan sekian lama
Isu palestin bukan lagi satu isu yang baru di perkatakan, tetapi isu ini telah bersama dengan kita selama lebih 2 dekad sehinggakan umat islam sedunia mulai lali dengan isu ini.Walaupun begitu, isu yang sudah lama ini hanya di pandang sebelah mata oleh seluruh dunia. Persoalannya mengapa walaupun isu ini sudah lama berlaku tetapi tidak ada gerak susul untuk menamatkan konflik ini. Maka timbullah persoalan akan lahirkah salahuddin al ayubi generasi baru sekali lagi yang bakal menggoncang sejarah sepertimana yang telah di lakukan oleh salahuddin al ayubi ketika menyatukan umat islam di mesir bagi memecahkan kekuatan israel yang 'di takuti' seluruh dunia itu, ataupun akankah muncul hassan al banna generasi baru yang akan menyelaraskan pemikiran umat islam seluruh dunia sehingga berjaya menghasilkan pakatan islam yang kuat lagi teguh. Mestikah kita menunggu sehingga waktu itu tiba. Jika kita menunggu dan terus menunggu waktu itu tiba, pastinya lebih banyak yang terkorban. Jadi ayuh bangkitlah seluruh bangsaku, bersama kita rebutkan harapan itu supaya harapan mereka sekian lama terlaksana. Bersamalah kita bersatu supaya dapat meletakkan agama Islam di tempat yang paling atas.
Labels: Coretan pendapat