Akhbar mingguan 'Time' keluaran 15hb Julai 1974, telah memetik kenyataan beberapa pengkaji sejarah, penulis, pegawai tentera, pedagang dan lain-lain mengenai "siapakah pemimpin dunia yang teragung sekali dalam sejarah dunia?" Ada yang mengatakan Hitler, yang lain menyatakan Ghandi, Buddha, Lincoln dan macam-macam lagi. Tetapi seorang penganalisa ilmu jiwa bernama Jules Masserman berbangsa Amerika telah menyebut syarat-syarat memilih pemimpin seumpama itu.
Katanya pemimpin pilihan itu haruslah mempunyai tiga ciri-ciri penting:-
1. Menjaga kepentingan manusia yang di hadapinya.
2.Mengadakan satu peraturan sosial yang mana umat dapat merasa selamat dalam hidupnya.
3. Mewujudkan satu rangka kepercayaan rohani.
Tiga syarat di atas tadi beliau berkata Hitler, Pasteur, Confucius dan lain-lain, maka golongan orang seperti pasteur dan Salk termasuk golongan pertama. Orang-orang seperti Ghandi dan Confucius di satu pihak, Iskandar Zulkarnain, Caesar dan Hitler terhimpun pada golongan kedua dan ketiga, Nabi Isa dan Gautama Buddha terhimpun khas pada golongan yang ketiga. Tetapi yang paling unggul pemimpin untuk semua zaman ialah Nabi Muhammad yang dapat menghimpun ketiga-tiga kategori dan merangkumi semua syarat.
Di petik dari:
apa kata BIBLE terhadap NABI MUHAMMAD
oleh Ahmad Deedat
0 comments:
Post a Comment